Wanita itu Allah kurniakan kepadanya sekeping hati yang penuh dengan kasih sayang. Beruntung orang yang mendapat kasih sayang wanita. Mungkin sebab itulah lelaki sentiasa tertawan kepadanya. Tambah-tambah wanita solehah. Tutur kata yang lembut, seulas senyuman yang manis, sepasang mata yang redup dan tingkah laku yang sopan. Saya antara yang tertawan. Walaupun saya ni termasuk dalam golongan wanita, tapi saya masih tertawan kepada golongan ini. Apatah lagi saya dapat merasai kasih sayang mereka tanpa batasan.
Menjengah ke blog-blog akhowat, hati bagai terpujuk. Walaupun hanya dapat menatap bait-bait kata tanpa berhadapan dengan orangnya, kasih mereka mengalir dari tulisan terus ke hati. Sejuk membasahi hati yang kering. Nak sangat berjumpa dengan mereka. Mendengar nasihat-nasihat mereka, menatap wajah mereka sedalam-dalamnya, memeluk mereka dan merasai hangatnya ukhuwah yang telah dibina.
Memanglah wanita solehah itu seindah-indah perhiasan. Saya tak reti nak menyusun bahasa yang berbunga-bunga seperti mana mereka, tapi memanglah mereka insan yang istimewa. Sungguh bertuah ikhwan yang dapat menyunting mereka. Mesti rumah mereka akan menjadi seperti mana taman-taman syurga. Ya Allah, cemburunya. Kadang-kadang rasa berat hati ini apabila memikirkan mereka tidak akan bersama-sama saya untuk selamanya. Seorang sahabat yang akan berkahwin sudah cukup membuatkan hati ini gundah gulana. Pada siapakah akan dicurahkan masalah selepas dia berkahwin? Semestinya suami dia yang selayaknya mendapat sepenuh kasih sayangnya. Saya faham itu dah saya tak akan merebutnya walaupun dia berjanji akan tetap setia menemani saya.
Berada bersama-sama mereka merupakan sumber kekuatan saya. Mengapa didamba kasih seorang lelaki sedangkan wanita itu lebih melimpah ruah kasih sayangnya? Hatta tulisan-tulisan mereka di blog-blog sudah mampu membelai jiwa yang kosong, dan membangkitkan semangat yang hilang. Tulisan yang ditulis dari hati terus ke hati. Ya Allah, rindunya kepada mereka. Rahmati mereka ya Allah kerana merekalah penyambung zuriat keturunan kekasih-Mu, Muhammad S.A.W. Saya sangat sayang kepada kalian...sayang yang amat...
Buat lelaki, jangan cemburu kerana tidak dapat merasai kasih sayang wanita-wanita solehah ini buat masa sekarang. Dambalah belaian kasih sayang ibumu. Nikmatilah kasih sayangnya yang melimpah ruah. Sangat rugi seorang anak yang tidak menikmati kasih sayang ibunya. Tidurlah di ribaannya dan rasailah belaian ibu. Berbuat baiklah kepada orang tuamu, semoga kau dikurniakan seorang isteri yang solehah hasil baktimu kepada mereka.
~coretan khas buat umy,k.hajar,k.sakinah,munirah...blog-blog kalian sangat membimbing saya...ukhuwah fillah~
2 comments:
assalamu'alaikum..
ayu, akak suka la entri ayu ni..betul2, setuju sangat2..muslimat ni kalau dah menulis, rasa terhibur nak baca..nak baca, nak baca & nak baca lagi..hihi...(wpn kdg2 agak bosan sbb pjg la pulak huhu...tp tulisan ayu, wpn pjg, tetap ada gaya tersendiri yg mampu menarik perhatian org lain membacanya terutama akak ni haha..tq2)
betul, me too...dahaga belaian ibu & kawan2 muslimat kat sekolah, kat matrik, kat mana2 la..memang terasa sunyi kalau takde diorang, takde tempat kita nak bermain2, bersenda gurau dsb...rindunya teman2 yang bersama kita tatkala susah senang bersama..macam2 aktiviti kita buat walaupun orang lain tak tahu, tapi tu pun dah cukup memberi kesan dalam sejarah hidup kita....=)
alhamdulillah..
wa'alykumusalam k.naimah,
huhu...x selayaknya ayu dpt pujian sebegitu...k.naimah lagi mantap dr ayu...tp btul ap yg akak kata, ayu pun sntiasa rindukn kasih syg sahbat2 lama...hnya blog jd pengganti diri mrk...alhamdulillah...smoga mrk sentiasa thabat dan istiqamah dlm bdakwah..
Post a Comment