Thursday, 30 September 2010

ABC~stand for what? must read...



ABC kalau dikaitkan dengan Ayu bukanlah membawa maksud Air Batu Campur walau hakikatnya saya amat menyukai ais kacang restoran SAHABAT dengan sahabat-sahabat saya. Apa lagi kalau bukan Anti Boys Club. Walaupun telah meninggalkan SMKA Al-Irshad selama 4 tahun, history continue to be told by the remaining hostelier dat a club such as this ever exist in Irshad and the one who lead it was me. Yes, me. Thats what the story being told continuously. Is it true? After keeping it for 4 years, I came forward to explain the truth about all the stories dat went around like merry-go-round.

First and foremost, I'm not the one who create this club. The story goes long way back in form 5. How this thing happen at the first place? Continue reading...

Pada suatu hari, (gaya penceritaan bedtime story) ulat buku iaitu Nurhidayu seperti mana kebiasaannya pergi ke perpustakaan desa untuk meminjam buku. Sewaktu sedang membelek-belek buku cerita yang best, dia terjumpa satu buku cerita kanak-kanak bahasa Inggeris nih. Dia menyelak-nyelak buku tersebut. Buku itu mengisahkan seorang budak perempuan yang menubuhkan kelab ABC (Anti Boys Club) yang happened untuk menjumpai satu cermin ajaib di mana dia boleh masuk ke dalam cermin tu. Sewaktu terperangkap dalam cermin tu, dia terjumpa seorang budak laki nih dan budak laki ni la yang bantu untuk keluarkan dia. Selepas tu, dia dah tak benci lelaki. Di situlah kat mana saya jumpa akronim nih dan ia berlegar-legar di minda.

Sehinggalah pada satu hari di dalam kelas 5 Ibnu Khaldun, waktu matapelajaran EST, Sir Rosli meminta kelas memberikan contoh-contoh akronim dan maksudnya. Tiba-tiba saya mendapat idea (mentol atas kepala menyala-nyala) akronim apa yang hendak diberikan. Sebenarnya, memang saya dan sahabat-sahabat kurang baik dengan budak-budak laki terutamanya budak asrama nih. Banyak jugalah konflik yang berlaku. Saya meminta pandangan sahabat di sebelah untuk menulis akronim tersebut dan mendapat sokongan. Dengan yakinnya saya bangun ke hadapan dan menulis akronim tu besar-besar. A.B.C. Rakan-rakan dalam kelas meneka-neka ABC tu stand for wat.. Perkataan saya seterusnya membuatkan kelas agak kecoh sebentar.

ABC = Anti Boys Club

Sir Rosli cuba menenangkan keadaan. Dia pun terkejut agaknya. :P Sewaktu berjalan ke tempat duduk, seorang pelajar laki ni memerli, "Ni tak nak kahwin lah?". Nak tergelak dengar statement dia. Apa kaitannya Anti Boys Club dengan kahwin ni... Di sinilah bermulanya penubuhan kelab tersebut secara tidak rasmi dan tanpa berdaftar.

Tujuan kelab ni tak lain tak bukan nak menjaga ikhtilat antara muslimin dengan muslimat waktu tuh. Bukanlah tandanya membenci muslimin walaupun kadang-kadang kita berkonflik. Pada waktu tu, gejala couple agak berleluasa di sekolah agama dan selaku senior perkara ini agak merungsingkan. Bukanlah nak tunjuk baik di sini tapi bukankah kita kena amar ma'aruf dan nahi munkar. Kalau perkara itu tidak betul, mengapakah kita nak bertolak ansur dengan perkara tersebut. Pada waktu tu, kami memegang satu ayat ni, biarlah manusia benci, jangan Allah benci. Oleh itu, kelab ini ditubuhkan bagi menjaga hati-hati muslimat supaya tidak mudah goyah hatinya dengan godaan duniawi nih. Apabila dikatakan anti nih, bukanlah bermaksud tak nak langsung berurusan dengan muslimin. Kalau ada perkara yang memerlukan kerjasama dan komunikasi, kami masih melibatkan diri. Tapi mungkin rakan-rakan lain kurang selesa dengan cara saya dan sahabat-sahabat. Apabila kita ini berpersatuan, bukankah kita akan kuat. Kelab ini hanya sekadar namanya ekstrem tapi kami ni masih cool. Cumanya when it came to aspura thing was a little bit different. Hakikatnya saya dan sahabat-sahabat hendak menjaga hati yang rapuh ni. Berhalaqah dengan sahabat-sahabat sefikrah ini, kami saling mengingatkan dan menghulurkan nasihat dan sokongan bagi menguatkan hati ini. Rindunya zaman tersebut...

Masing-masing mempunyai pandangan terhadap kelab ini. Terpulanglah kepada pembaca untuk menilai. Apabila diingat-ingatkan kembali, lawak jugalah segala peristiwa yang berlaku melibatkan kelab ABC ni. Kelab ini tidak ada pengganti pun setelah ketiadaan kami di Irshad menunjukkan kelab ini bukanlah ditubuhkan untuk dikuatkan, tapi hanya digunakan untuk kami sahaja. Segalanya telah ditinggalkan menjadi memori buat kenang-kenangan pada hari tua kelak.

Ada teori yang mengatakan saya tubuhkan kelab tersebut kerana kecewa dengan seorang lelaki ni. :)) Saya dengar sendiri dari mulut dia apabila dia mengajukan pertanyaan mengenai kelab tersebut. Tidak sama sekali peristiwa yang berlaku sewaktu kecil-kecil nak dijadikan alasan menubuhkan kelab tersebut sewaktu tingkatan 5. Kasihan dia. Mati-mati ingat rajuk saya berpanjangan kepadanya disebabkan peristiwa lalu. Saya bukanlah pendendam dan perajuk. Jauh sekali pandai memujuk.

Apabila bertemu junior-junior sewaktu di sekolah dahulu, mereka malu-malu nak tegur terutamanya yang nakal-nakal. Takut katanya sebab saya garang. Mungkin perasaan mereka sama dengan perasaan saya sewaktu bersalam dengan bekas Ketua Aspuri sewaktu saya tingkatan Satu, Kak Mashitah. Sewaktu jumpa dengannya selepas dia jadi ex-Irshadian, sejuk ja tangan saya dan agak menggeletar nak bersalam dengan dia. Memang dia terkenal dengan garangnya tapi ahli-ahli dormnya tahu yang dia ni seorang yang lawak sangat. Mungkin dialah sumber inspirasi saya. Tapi adik-adik saya di rumah pun cakap saya garang. Jadi siapa yang cakap saya baik tu mungkin tak kenal saya lagi kot. Personaliti itukan satu anugerah dari Allah. Namun kita masih diberikan peluang untuk memperbaiki diri dan mempunyai personaliti yang baik.

Kadang-kadang ada perkara yang kita perlu biarkan tanpa penjelasan. Biarkan masa yang menentukan. Bukanlah menunjukkan kita tidak berusaha untuk menyelesaikannya, tapi Allahkan telah menetapkan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu? Oleh itu, apabila sampai saat dan ketika, penjelasan akan sampai juga dan kebenaran akan terserlah jua.~ Wallahualam....

p/s: Coretan ini adalah pandangan dan penjelasan peribadi saya tanpa melibatkan pandangan dari sahabat-sahabat bekas ABC dahulu yang sekarang ini masih kuat menjaga diri dan peribadi. Semoga Allah kuatkan hati-hati kalian dalam menempuh pelbagai ujian sama ada dari dalam atau luar. Bagi yang sudah goyah, selagi roh masih di jasad, peluang dan ruang masih terbuka untuk pembaikan. Doakan juga saya kuat seperti kalian...saya mohon sangat-sangat ya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang tidak ada kekuatan kecuali melalui Dia...

p/s/s: Maaf andai coretan ini ada menggores perasaan insan di sekeliling. Yang baik datang dari Allah dan yang lemah itu datang dari hamba yang hina ini...semoga Allah mengampuni saya dan kalian. Tidak ada manusia yang mampu menjaga hati semua manusia, oleh itu 'jagalah' Allah nescaya Allah akan menjaga hati kalian dan hati orang-orang di sekeliling kalian. InsyaAllah.

-al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih-



~ Creating ideas for lives ~

No comments:

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter