The story goes long way back at one nite...jeng3x...
the war had begun since the beginning of human creation by our Lord.
It was a Perang 3 Penjuru (P3P) between iman, akal and nafsu.
From the early period of man intervention on the earth, this war had never seem to stop.
The war remain under the depth of a human soul.
Seem peace on the surface but under the deep black soul, nobody knows.
It happened to me at one nite...
Iman, akal dan nafsu sedang berperang dengan sengitnya
Akal mendahului, nafsu mengekori, iman tertinggal dan mengambil dasar berkecuali
Nafsu walaupun tanpa alliancenya syaitan pada bulan Ramadhan ini, tetap memberikan serangan yang hebat
Jasad Ayu yang mengadap laptop tertanya-tanya, iman di manakah kamu?
Mengapa mengambil dasar berkecuali?
Selama beberapa jam perang berlangsung, iman mula bersuara di meja persidangan
mengambil pendekatan liberal...
Nafsu membangkang lantas menyebabkan mata mula layu, kepala mula terkulai
namun daerah tangan yang dikuasai oleh akal masih memberikan saingan, jari jemari masih meneruskan taipan...
Di meja persidangan, akal mula mempertimbangkan tawaran iman...
Iman menawarkan bantuan kecerdasan kepada akal dengan syarat akal melancarkan genjatan senjata...
Akal dan iman memulakan persepakatan dan menjadi rakan sekutu
Nafsu semakin lemah...
Akhirnya disebabkan kepandaian iman memainkan peranan, iman berjaya mencipta
win-win situation dengan akal.
Manakala nafsu tidak langsung mendapat apa-apa keuntungan dan kalah dengan kecewa.
Esoknya saya pergi ke kelas dengan mata sembap dan pedih sebab tak tidur,
tapi puas hati sebab iman berjaya merasionalkan akal untuk menjadi rakan sekutu yang baik.
Semoga pakatan yang baik ini adalah sepanjang masa...
cerita selingan...
Saya ada satu cerita yang nak dikongsi...ni tentang peperangan P3P ni juga.
Tapi perang ini melibatkan pertembungan antara dua benua dan menyebabkan kesusahan dan
kesengsaraan kepada benua yang lemah dan tidak berdaya.
Waktu tu saya tengah tunggu mak datang ambil di sekolah lama.
Cikgu minta tolong latihkan budak nak pidato, walaupun diri ini tidaklah berbakat mana pun.
Sewaktu sedang menunggu di kerusi bangku ni, sebuah kereta Waja melintas di hadapan.
Dipandu oleh seorang wanita dan bersama-sama dengannya 3 orang anak. 2 lelaki seorang perempuan.
Diparkir kereta dia di hujung jalan. Kelihatan seperti menanti seseorang.
Pada mulanya, saya buat tidak endah dan meneruskan penantian di SMK Penanti.
Bunyai kecoh-kecoh menarik perhatian saya.
Saya menoleh ke hujung jalan.
Kelihatan seorang lelaki sedang cuba mengeluarkan seorang kanak-kanak dari tempat duduk belakang.
Saya hanya memerhatikan dari jauh.
Kanak-kanak itu menangis dan tak mahu ikut lelaki tersebut.
Setelah berjaya dikeluarkan, kanak-kanak tu menggelupur di atas jalan, tanda protes.
Kemudian, wanita tersebut yang kemungkinan ibunya keluar.
Dia cuba untuk memujuk anaknya tapi dimarahi oleh lelaki tadi yang saya assume ayah budak tu.
Ayah budak tu mengarahkan mak budak tu untuk masuk ke dalam kereta sambil menunjukkan tangan
seperti mengarahkan dia pergi dan menjauhi anak tu.
Dua orang abang dan kakak budak tu hanya memerhatikan dari dalam kereta.
Mak budak tu kembali ke dalam kereta sedangkan budak tu meronta-ronta memanggil maknya.
Kereta Waja dipandu meninggalkan lelaki tersebut dengan anaknya yang sedang meronta-ronta di atas jalan.
Raungan jelas kedengaran.
Apa yang terjadi seterusnya menyebabkan saya sebak.
Si ayah bersila di atas jalan mengadap anaknya yang meronta sambil cuba memujuknya.
Setelah beberapa minit, si anak berjaya dipujuk dan si ayah menggalas beg budak tersebut
yang kemungkinan berisi pakaian dan meletakkan budak tersebut di atas motorsikal yang dibawa.
Sewaktu motorsikal yang dibonceng mendekati saya, saya ternampak
si ayah mengesat matanya dengan tangan.
Menangiskah dia?
Apakah situasi yang sedang saya saksikan ini?
Apakah yang berlaku tadi?
Pelbagai telahan boleh dibuat dan saya serahkan kepada pembaca untuk menilainya.
~ Creating ideas for lives ~
No comments:
Post a Comment