Friday, 1 October 2010

HERO HINDUSTAN VS HERO KOREA

Hindustan
Korea

Sedang mendengar lagu Allahi Allah Kiya Karo oleh Maher Zain. Hmm...bahasa Urdu ni memang puitis. Sebab tulah kalau kita kaji tamadun India, India banyak melahirkan penyair2 yang hebat dan ahli-ahli falsafah yang kalau kita baca karya-karya mereka, memang menyerap ke dalam jiwa. Tengok sahaja Allama Iqbal (pengasas penubuhan Pakistan) dengan falsafah Dirinya, Mahatma Gandhi dengan (alamak, tlupa...) falsafah Tanpa Kekerasannya (terlupa istilah dalam Urdu), dan lain-lain lagi. Mereka ini memang terkenal dengan kebijaksanaan dan keindahan puisi-puisi mereka. Sebab itulah wujud penyair-penyair cinta yang hebat dan munculnya hamba cinta seperti Shah Jahan yang membina Taj Mahal sebagai simbol cintanya kepada isterinya.

Bertitik tolak dari keindahan bahasa dan kesenian bahasa Urdu itu, Bollywood menjadi industri filem yang melahirkan banyak filem-filem yang menunjukkan pengorbanan demi sebuah cinta yang kononnya kudus. Filem-filem Bollywood telah dilambakkan ke dalam negara kita sejak dari generasi sebelum merdeka lagi. Filem-filem kita pun meniru style pembikinan filem dari sana. Bernyanyi di taman, membaca puisi-puisi cinta, mengungkap bahasa2 yang indah untuk menarik perhatian pasangan masing-masing. Hero-hero Hindustan digilai seperti Rajesh Khanna, Shah Rukh Khan (sekadar menyebut beberapa nama) dan meniti di bibir wanita-wanita generasi tersebut. Wanita pada generasi tersebut juga mengimpi-impikan suami yang berwajah Hindustan termasuklah mak saya.:) Mak saya minat kat Rajesh Khanna so she said. Alhamdulillah, Allah mengabulkan impian mak apabila dia berkahwin dengan abah yang rupanya ada iras-iras Rajesh Khanna. Seronok mak bukan kepalang, boleh tayang kat satu kampung dengan bangga. Mula-mula ingat dah tak nak fikir pasai kahwin sebab semua kawan dah kahwin, tinggal mak jer belum. Akhirnya berkahwin juga dan tambah seronok dapat seperti mana impian.


Namun generasi Bollywood telah berlalu walaupun masih terdapat filem mereka ditayangkan. Sekarang ini, generasi mengilai filem cinta Korea pula dibawa masuk dan dilambakkan ke dalam negara. Bermula dari drama Winter Sonata (saya tak pernah tahu pun jalan cerita drama tu), drama-drama yang masuk kemudiannya mendapat sambutan yang hangat daripada generasi sekarang ini iaitu generasi saya. Berlaku pertembungan di sini dan sebenarnya perangai dan style bercinta pemuda-pemudi sebenarnya dipengaruhi oleh dua fenomena ini.

Generasi filem cinta Hindustan:
1) wanita minat kepada lelaki yang mata besar, hidung besar atau tinggi, kuat manakala yang lelakinya minat wanita yang bermata besar, hidung tinggi, body cantik
2) gaya percintaan agak puitis dan romantis. Menulis surat, puisi puji-pujian. Kalau tangkap gambar tu, belakang gambar mesti tulis kata-kata romantik. Saya ada jumpa gambar lama mak saya. Gambar kat air terjun tu. Kat belakang gambar ada tulis sesuatu. Waktu tu abah bekerja di KL dan mak di Penang (dah bertunang), jadi mak kirim gambar. Saya baca kuat-kuat depan mak yang waktu tu duduk depan cermin, tak ingat ayat tapi sebahagiannya berbunyi : '.....buat teruna setia.' Hahaha. Gelak mengekek saya. Mak senyum ja. Rupa-rupanya abah ada kat depan saya dan turut mendengar. Abah angkat kening sebelah, heheh, saya terus menyorok belakang mak. Romantik2..
3) Kalau nak berjumpa mesti pergi taman atau air terjun atau tempat2 yang pemandangan indah macam latar belakang filem Hindustan..

Generasi filem cinta Korea:
1) wanita minat kepada lelaki yang bermata sepet, hidung kecik tapi tinggi, tak kisah kuat ke dak, jambu manakala yang lelaki pula minat yang bermata sepet juga, hidung kecik, mulut kecil, kulit putih mulus, body sepapan pun x pa.
2) tidak suka puisi-puisi cinta sebab semua nak cepat ja. Kalau nak meluahkan cinta tu tak diiringi dengan puisi-puisi cinta dah, terus straight to the point. Saranghaeyo...bogosheppo (ntah betul ke dak eja)..yer la tekno dah canggih. SMS, MMS, FB, Twitter, 3G ntah apa benda lagi. Sebab tu semua nak cepat. Tak bleh dah tunggu-tunggu. Kalau sejam tak jumpa, tak cakap muka macam kucing nak beranak. Malam bergayut sampai ke pagi.

Tengok orang-orang dulu, sabarrrr....kekasih jauh di awan pun, masih setia menanti. Surat kalau hantar hari ni, seminggu baru balasan sampai. Sekarang ni, kalau tak balas sms dalam masa sejam dah fikir bukan-bukan . Terus minta putus, cakap kekasih curang, tengah buat date dengan orang lain, dah tak sayang dan macam-macam lagi. Disebabkan semua nak cepat dan easy access, haaa...kisah cinta pun cepat jer sampai ke penghujung.

Mula-mula sms 'saya cinta awak', pastu 'jom keluar sama-sama', pastu 'jom kawin'. Bila dah respon boleh dalam masa yang singkat, kita jadi kurang masa untuk berfikir sebab tu lah terjadinya kes-kes terlanjur nih. Kalau sekali boleh lagi, ni berkali-kali... err itu terlanjur atau terlunjur? Nauzubillah...kalau generasi dulu, kalau hantar surat, planning nak jumpa untuk seminggu yang akan datang. Jadi ada masa untuk berfikir dua tiga kali, tanya pendapat orang-orang sekeliling, dan segala pertimbangan baik buruk. Ni, 'saya nak jumpa awak skrg', tak sempat nak reply dah ada depan mata.

3) Kalau nak jumpa, tak perlu pergi ke taman. Dalam toilet pun dah boleh buat date. Kalau jumpa kat taman pun jumpa waktu malam, macam mana nak hayati keindahan alam macam tu? Pelik...Nilai-nilai kesenian tu dah kurang.

Tapi kalau dibandingkan hero Hindustan dengan hero Korea ni, pada pandangan peribadilah, saya prefer yang Korea kot...ehemm. Mungkin sebab nampak hygienic kot walaupun hakikatnya bukanlah begitu pun. Hoho. Yer la, saya tak boleh menolak hakikat yang saya pun terpengaruh juga sikit-sikit dengan fenomena ni.

Tapi kalau berlaku pertembungan generasi ni, saya lebih suka amik langkah berkecuali. Bila berlaku pertembungan? haaa....bila kakak nak tengok cerita Korea dan abah nak tengok cerita Hindustan. Bila kakak tengok cerita Korea, abah pun buat ceramah keburukan cerita Korea ni, cukup untuk buat isi karangan. Bila abah tengok cerita Hindustan, saya tak dengar ler plak ceramah dari abah. Saya perhatikan cerita Hindustan ni banyak unsur-unsur ganas dan merapu. Lepas tu pengaruh buruknya pasangan bercinta ni sanggup membelakangkan famili hanya kerana mengejar cinta mereka. Uish, pantang betul.

Waktu raya hari tu, ada tayangan cerita Mohabbatein. Apa lagi, Mak Cik, Mak Tam, Abah, Kak Kiah terpaku kat hadapan tv menonton. Ni satu lagi cerita yang tak pernah saya tengok sampai habis. Madah berhelah dia terlalu banyak. Bila Shah Rukh Khan buka mulut nak buat puisi cinta, saya lari masuk ke bilik. Mak Cik pelik. Mak sengeh ja. "Ayu memang macam tu, bila cerita Hindustan ada dia lari". Saya tak tahan tengok hero Hindustan ni berhujah mempertahankan cinta mereka, saya macam nak belasah-belasah ja.

Tapi saya juga tak tahan kalau tengok cerita Korea yang menangis-menangis meleleh ni. Sebelum sempat dia nak menitiskan air mata, saya dah lari masuk bilik juga dan tinggalkan kakak menonton sorang-sorang. Kadang-kadang kakak ajak tengok cerita Korea sewaktu saya ada dalam bilik, tapi saya tanya dulu "Cerita dia sedih atau lawak?", bila kakak cakap "Sedih la juga", Owh, no thank you. Bukan sebab saya takut saya termenangis sama, tapi kadang-kadang saya rasa tindakan mereka tu bodoh. Lagi satu suka menipu. Last-last, when things get complex, baru la terhegeh-hegeh nak menangis. Menipu ni lagi satu pengaruh kepada pasangan bercinta sekarang. Suka sangat menipu. Konon nak jaga hati. Akhir sekali, bukan jaga hati, tapi makan hati.

Last-last saya layan cerita Spongebob. Tu pun kena kritik juga sebab perangai Patrick yang bengap tahap gaban. Tapi kita tahu yang ni cerita kartun, jadi kalau nak layan cerita kartun kena jadi kartun juga la. Logik tak diaplikasikan...tapi metafizika masih ada.

Hakikatnya, cinta itu telah disalahtafsirkan. Sebab itulah kita tak dapat menikmati kepuasan dalam menghayati cerita cinta yang disajikan sama ada dari Korea atau Bollywood apatah lagi dari Barat. Cuba negara kita bawakan pula cerita cinta dari Iran atau Arab, mana tahu boleh bawa fenomena yang positif di sini. Boleh?

Tak pasti sama ada menepati tajuk atau tak. Tapi kalau Hero Hindustan vs Hero Korea, sapa yang menang?..............mestilah Hero Islam menang...tu pun susah.

~al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~
~ Creating ideas for lives ~

No comments:

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter