Hectic. Thats what it looks rite now. Working around da clock. Terkejar-kejar dari pagi sampai malam. Buat marathon macam nak pecah rekod. Siang kelas, malam meeting. Terpusing-pusing last-last pening. Buktinya nak update blog pun dah tak sempat. Idea pun tersekat. Sangat penat.
Tapi semalam lepas dah letih pergi beli barang-barang teknikal dengan jalan sesak dan kedai sesak dengan orang yang beli barang-barang sekolah pastu buku mewarna Froggy Frog dengan Hello Kitty tak dak walau dicari kat Mydin dan kedai alat tulis yang terbesar di Kajang (sangat kecewa) ada meeting pula. Habis meeting pukul 7.08 menapak balik Amin. Badan dan otak pun dah letih. Tipulah kalau cakap tak letih, kita ni manusia bukannya robot. Robot pun ada limit bila bateri dah nak habis. Perlu dicas.
Sampai kat bilik, masuk ja bilik, rasa tenang meresap dalam jiwa. Tengok keadaan yang kemas rasa lapang dada. Tengok pula Spongebob yang sentiasa tersengih atas katil, hati berbunga. Bersiap-sedia nak makan malam. Sewaktu sedang menyusun sudu dan mug atas meja makan terfikir rupa-rupanya hidup ni akan terasa indah jika kita meletak nilai yang tinggi untuk setiap perkara yang kita buat. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada perkara-perkara yang besar. Boleh jadi perkara yang nampak kecil tapi kalau diberi nilai yang tinggi mampu menghilangkan segala penat dan beban yang dirasa. Sungguh, sewaktu menyusun hidangan atas meja, rasa bersemangat tu datang kembali. Lepas khidmat diri dan berwangi-wangi, baru mengadap makanan dan bersedia untuk makan malam. Baca doa then makan. :)
Kadang-kadang kita terlepas pandang benda-benda kecil ni. Selalunya kalau kita jenis orang yang sangat sibuk memang takkan sempat pun nak fikir benda-benda kecil ni. Makan pun kadang-kadang tak jaga. Mandi pun tak bersih. Bilik pun dah tak sempat nak kemas. Baju tak beriron (my bad). Penampilan tak jaga. Kesihatan tak jaga. Segalanya nak buat drive through jer. Perkara-perkara sekecil ini dilihat tak bernilai. Malah tak sempat pun nak menilainya. Sebabnya terlalu memberi nilai yang besar terhadap perjuangan. Tanpa kita sedari, sebenarnya kita takkan dapat menjadikan perjuangan kita bernilai tinggi jika kita tidak memberi nilai pada perkara-perkara yang kecil ni.
Malah, kadang-kadang kita tersilap memberi penilaian. Terlalu sibuk menjadikan perjuangan ini bernilai sehingga tertinggal perkara yang mempunyai nilai besar iaitu solat kita. Sebab dah terlalu sibuk dan terkejar-kejar, solat pun lebih kurang sahaja. Khusyuk hilang sebab terlalu memikirkan strategi perjuangan dan agenda meeting serta masalah pelajaran. Letih meeting sampai 2-3 pagi, tak sempat nak bangun qiamullail malah subuh dibuat hujung-hujung. Astaghfirullah...Sedangkan di situlah Allah nak menilai keikhlasan kita dalam perjuangan. Kalau dai'e tak jaga solatnya, di manakah berkatnya perjuangan yang dilaksanakan? Kalau kita ni tentera Salahuddin Al-Ayubi mungkin kena halau balik agaknya sebab solat malam tak jaga dan tak layak untuk berjuang pun. Huuuuu...
Nasihat saya, dalam kesibukan, carilah ruang-ruang untuk menilai perkara-perkara kecil yang selalu kita terlepas pandang. Moga ada keberkatan di situ...Wallahualam
~Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~
~ Creating ideas for lives ~
No comments:
Post a Comment