Entri kali ni bukan berkaitan dengan dominasi wanita dari segi jumlah, tetapi dominasi wanita dalam kehidupan lelaki. Sebahagian besar wanita (kalau boleh saya nak letak keseluruhan), apabila mereka akan berkahwin, mereka mempunyai niat untuk menguasai kehidupan lelaki mereka atau suami dan bukannya untuk berbakti kepada suami. Mesti ada yang berkata tidak. Hakikatnya tindakan anda (wanita) menunjukkan sebaliknya. Kenapa? Teruskan membaca...
Saya tak pasti sama ada orang lelaki perasan atau tidak atau buat-buat tak perasan, wanita di sekeliling mereka mendominasi sebahagian besar hidup mereka dari kecil sehingga mereka besar. Perkataan yang paling sesuai adalah posses. Wanita memang nak memiliki lelaki tersebut secara mutlak waima seorang isteri ke atas suami, seorang ibu ke atas anak, seorang mak we ke atas pak we atau seorang kakak ke atas adik lelaki. Saya tak pasti sama ada orang lelaki suka dengan keadaan ini atau tidak. Tak pernah tanya pun pandangan mereka.
Perasaan nak memiliki tu begitu kuat sehingga kadang-kadang meracuni kehidupannya. Saya tak tahu nak mula dari mana, mungkin kita cuba melihat sebuah novel tulisan D.H.Lawrence bertajuk Women In Love. Dalam novel tersebut, Lawrence cuba memaparkan konflik dalam diri lelaki untuk bersama wanita yang dicintainya. Rupert Birkin tidak percaya kepada perkahwinan kerana dia melihat perkahwinan merupakan satu cara wanita cuba menguasai atau mendominasi hidup seorang lelaki. Tapi perkahwinanlah satu-satunya cara untuk bersama wanita yang dia sayang. Mula-mula saya macam pening apabila membaca jalan cerita ni sebab tak paham, apa yang Birkin ni ghaplah sangat. Kalau dah cinta kat Ursula, kahwin je la. Bila Ursula tanya sama ada dia cintakan Ursula atau tak, dia tak tau nak jawab apa. Bila Ursula ajak kahwin, dia tak nak. Kan pelik? Birkin ni berhujah yang wanita ni bila seorang lelaki tu cintakan mereka, maknanya lelaki tu perlu membuka ruang hidupnya untuk dikuasai oleh wanita tersebut. Dia tak nak macam tu. Dia nak cintanya tak bersyarat. Maksudnya dia beri cinta dia dan wanita tersebut memberi cintanya tanpa bersyarat.
Kaitkan dengan situasi semasa, mengikuti program bersama-sama pasangan yang dah berkahwin saya boleh melihat dominasi isteri ke atas suami mereka. Pada pendapat peribadi sayalah, kalau pergi bercuti, isteri yang lebih gembira berbanding suami. Tapi isteri juga yang kena sedia semua benda. Dari pakaian, anak-anak, makanan, shopping barang, tangkap gambar dan lain-lain. Saya perhatikan rutin lelaki kalau pergi jalan-jalan ni, selalunya jadi drebar, tidur, bersembang, duduk melengung (termenung), makan. Macam tak ada bezanya dengan hari-hari biasa. Tapi pernah la, saya ikut percutian keluarga di mana keluarga sebelah ayah ni lelaki mendominasi wanita. Secara zahir tampak begitu. Memang wanita yang susah payah pun. Depa la kena jaga anak-anak, masak, hidang, pastikan semua keperluan ada dan lain-lain. Yang laki dok melenggak ja. Sangat bahagia. Tapi tu secara zahir, secara tersiratnya sebenarnya tanpa mereka sedari isteri mereka telah menguasai hidup mereka. Kalau tak percaya, rumahtangga sapa yang urus? Taste susunan dalam rumah, bentuk rumah, hiasan, siapa urus? Lelaki ni ikut ja. Konon tak nak fikir benda remeh. Ya ke? Apabila mereka telah bersetuju untuk berkahwin, mereka telah menyerahkan segala urusan dalam kehidupan mereka mengikut cita rasa isteri mereka.
Isteri menggunakan pelbagai cara untuk memiliki suami sama ada dengan emosi, kelembutan, kekasaran, kebijaksanaan dan sebagainya. Yang queen control tu dia guna cara agresif sangat sehingga terserlah her intention to posses a man. Yang lemah lembut tu menggunakan kelebihannya untuk menguasai suami tanpa disedari oleh orang sekeliling. Setiap kali berbual dengan mana-mana kenalan wanita, terserlah keinginan untuk memiliki kehidupan seorang lelaki secara mutlak. Merekalah yang nak menentukan pelbagai perkara dalam rumahtangga. Orang lelaki ingat semua tu benda-benda remeh, tapi dengan perkara tersebutlah mereka merasakan mereka telah memiliki kehidupan seorang lelaki. Ringkasnya, seorang lelaki bergelar suami akan sentiasa dibayangi oleh isteri.
Bersambung...
~ Creating ideas for lives ~
No comments:
Post a Comment