Dalam tahun ini juga, aku ada terbaca mengenai mubaligh Kristian yang merayau-rayau di KTM UKM mencari mangsa untuk menyebarkan dakyahnya. Mubaligh tersebut menunjukkan brosur yang didakwanya merupakan gambar Syurga. Seorang mahasiswi bertindak melarikan diri apabila didekati oleh mubaligh ini. Kebanyakan kita tidak bersedia untuk berhadapan dengan mubaligh ini kerana takut akidah terpesong. Kita tidak mempunyai sistem pertahanan dari segi mental untuk menghadapi mereka. Sebenarnya, sebagai seorang Muslim, persediaan itu perlu dicari. Hanya melalui pembacaan kita dapat mematahkan serangan mereka. Dalam Surah Ali Imran ayat 110 ada menyebut:
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan
untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan
mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.
Sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi
mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan
mereka adalah orang-orang yang fasik"
(Ali Imran:110)
Melalui pembacaan aku dalam buku The Choice:Dialog Islam & Kristian karangan Allahyarham Tuan Ahmed Deedat, rupa-rupanya teknik mubaligh Kristian ini telah tersebar meluas di dunia ini dan beliau telah menyediakan cara yang terbaik untuk menangani perkara seumpama ini. Di bawah ini merupakan petikan daripada buku beliau. Terdapat sedikit pengubahsuaian dari aku bagi meringkaskan cerita.
Setelah 15 tahun berusaha keras, akhirnya pada tahun 1992 saya mendapatkan sebuah visa untuk mengunjungi Sudan. Saya diterima oleh negara tersebut, dan melakukan satu roadshow ceramah. Tujuan roadshow ceramah ini adalah untuk melengkapkan umat Islam dengan persediaan untuk menghadapai dan menangani mubaligh Kristian yang sedang mencuba untuk mendapatkan pengaruh di sana. Dan ketika sesi soal jawab di akhir salah satu ceramah di Khartoum, seorang mahasiswa (golongan tumpuan mubaligh Kristian) telah mengajukan pertanyaan:
Para aktivis Inggeris Kristian dan Amerika sering mengunjung rumah umat Islam di Khartoum: Sebagai seorang Muslim kita menerima mereka dengan tradisi Arab yang ramah. Setelah duduk berlaku soal jawab antara Mubaligh Kristian ini dengan Muslim:
Mubaligh: Apakah sebagai Muslim, anda percaya pada hari pembalasan?
Muslim: Sudah tentu!
Mubaligh: Setelah dihisab, anda akan mendapatkan syurga jika anda layak dan neraka jika anda patut mendapatkannya. Anda percaya hal tersebut?
Muslim: Ya!
Mubaligh: Di mana letaknya syurga anda ini, di bumi atau di langit? Apa yang dikatakan Al-Quran anda? Kami ingin tahu jawapan anda.
Jika jawapan anda "di bumi", dia akan bertanya, " Tunjukkan pada saya (maksudnya dalam Al-Quran)". Jika anda menjawab "di langit" dia sudah bersedia dengan pertanyaan sama, "Tunjukkan pada saya!". Musuh anda ini sudah terlatih dan dipersiapkan dengan baik. Sekiranya anda tidak mampu membuktikan ayat Al-Quran, maka dia akan membentangkan perangkapnya dan berkata:
Mubaligh: Izinkan saya memperlihatkan kepada anda apa yang dikatakan dalam Al-Kitab (Bible). Dia telah memberikan kesempatan pertama kepada anda untuk menjelaskan ayat Al-Quran. Oleh kerana anda gagal, secara moral anda wajib mendengarkan penjelasannya dengan permintaan yang sopan agar anda mendengarkannya, dan kita sebagai seorang Muslim adalah orang-orang yang sopan.
Setelah golongan ini memaksa anda menjadi patuh tidak berdaya, lalu dia pergi meninggalkan sebuah brosur yang indah dengan teknik pewarnaan yang meriah. Sebuah brosur yang berjudul "Bagaimana menemukan jalan ke Syurga?" (sama seperti yang terjadi di Malaysia) dalam bahasa pilihan anda.
Pertanyaan adalah: Apakah jawapan Al-Quran terhadap teka-teki Kristian tersebut: Apakah syurga umat Islam di bumi atau di langit?
Kepada para hadirin di Khartoum saya berterus-terang mengaku bahawa jika pertanyaan tersebut diajukan kepada saya, saya harus mengatakan dengan jujur terhadap musuh Kristian tersebut bahawa, "Saya tidak tahu". Saya akan mengakui saya malu pada diri sendiri. (sampai saat ini saya tidak menemukan jawapan Al-Quran tentang hal tersebut).
Namun, setelah menyerah, kita harus beralih menguasai musuh. Saya akan mengatakan kepadanya bahawa saya tidak mengetahui Al-Quran sebaik yang seharusnya (samalah seperti kita). Oleh itu, di sini kita perlu counter attack.
Muslim: Saya mengakuinya, tetapi apakah anda mengetahui Bible anda?
Sebagai seorang mubaligh, dia terlalu sombong untuk mengatakan "Tidak" sambil dia memegang sebuah kitab Bible di tangannya.
Muslim: Bolehkah saya melihat Bible anda?
Mubaligh tersebut akan sangat gembira dengan permintaan tersebut kerana anda seolah-olah menolongnya dalam menjalankan misi mereka.
Ringkas cerita, sila ingat ini: Buka kitab pertama Bible yang dinamakan Kejadian fasal 19:ayat 30, fasal 38:ayat 15-18 dan fasal 35:ayat 22. Buka bahagian tersebut dan suruh mereka baca. Sebenarnya, mubaligh ini dilatih untuk tidak mengikut arahan anda tetapi membaca hanya yang telah dipilihnya. Sebab? Kitab Bible mereka terlalu banyak salahnya dari betulnya. Kalau dia tak nak baca, tanya kepadanya:
Muslim: Ada apa? Apakah itu bukan kitab Tuhan?
Mubalighl: Ya
Muslim: Maka bacalah!
Jika dia membaca, apa yang dibacanya? Kita beri pertanyaan kepada mereka, "Apakah kandungan moralnya?" " Apa kandungan moral dari semua ayat (cerita) ini?"
Setiap yang terkandung dalam kitab Tuhan, perlu memiliki moral. Tetapi kita lihat ayat dalam Al-Kitab ini:
"Anak perempuan menggoda ayah mereka, bermalam-malam dan mendapatkan anak haram melalui ayah mereka" (Genesis 19:30-36) atau "Seorang anak laki-laki berhubungan dengan ibunya" (Genesis 35:22) atau juga "Seorang ayah berhubungan dengan menantunya sehingga memperoleh anak kembar dari menantunya tersebut" (Genesis 38: 15-18)
Tanya kepadanya, apakah moralnya ayat di atas? Jika tidak ada pelajaran moral yang dapat dipelajari dari gambaran pornografi dalam apa yang dinamakan 'Kitab Tuhan' ini, maka semua itu tidak bermoral!
Tak diragukan lagi, para pendengar akan tergetar hatinya dengan cara beralih menguasai dalam menghadapi mubaligh Kristian.
Dalam buku ini, memang banyak lagi cara untuk mematahkan hujah-hujah mubaligh Kristian, jadi setiap Muslim wajib memilikinya dan disyorkan untuk mahasiswa yang mengambil bidang dakwah. Terdapat satu rakaman video Tuan Ahmad Deedat berdebat dengan tiga orang tentera Kristian mengenai ayat di atas yang aku tonton. Apabila ditanya Tuan Deedat mengenai moralnya ayat tersebut, mereka memang terpaksa akui bahawa ayat di atas memang tidak bermoral. Adakah ayat yang tidak bermoral tersebut dianggap sebagai kata-kata Tuhan?
Oleh itu, aku syorkan sahabat-sahabat yang berjuang menegakkan Islam memiliki buku ini. Ada risalah-risalah percuma yang diedarkan karya Tuan Deedat oleh Islamic Propagation Centre International dalam bahasa Inggeris tetapi aku tak tahu sama ada masih diedarkan ke tidak sebabnya risalah dahulu yang aku peroleh sebab aku terjumpa dalam surau sekolah. Tetapi rakaman-rakaman debat antara Tuan Deedat dengan paderi Kristian atau mubaligh dalam bahasa Inggeris boleh didapati di Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM di bahagian media. Banyak sangat. Aku cuba menghabiskannya jika ada kelapangan. Buku The Choice yang aku dapatkan ini boleh didapati di Popular.Berbaloi memiliki buku ini kerana ini satu-satunya karya Tuan Deedat yang diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia. Kita boleh mengetahui sejauhmana kebenaran kandungan kitab Bible. Selamat membaca dan beramal.
-Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih-
~ Creating ideas for lives ~
No comments:
Post a Comment