Sunday, 27 June 2010

IKUT AKIDAH, MUDAH


Ikut hati, mati.

Ikut rasa, binasa.

Ikut nafsu, lesu.

Ikut suka, duka.

Ikut iman, aman.

Yang terbaru, ikut akidah, mudah.


Thats what people always say. Entri kali ini lebih bersifat politik. Politik itu sendiri membawa maksud kemahiran membuat keputusan oleh seseorang atau organisasi yang mempunyai kuasa. Dan bagi sebuah negara demokrasi seperti Malaysia, walaupun bukan sepenuhnya atau dikatakan hanya retorik semata, well thats what they always claim Malaysia as democratic country. Oleh itu, setiap orang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan atas pilihan yang ada. Itu jer la pilihan yang kita ada. But still, in order to choose, we have to think of the choices that we have. Whether its good for us or not. Here, we have to make sure that what lead us to make the choice will be either the heart or the desire or the like or the feelings or the faith.


Tapi pilihan yang paling tepat ialah pilihan berdasarkan akidah yang mantap. Ikut akidah, mudah. Apa yang mudah? Mudah dalam membuat pilihan. Persoalannya, untuk mendapat akidah yang mantap bukanlah mudah. Jadi, bukan pilihan seseorang yang kita perlu risaukan tetapi apakah akidah dia? Macam mana kita nak kukuhkan akidah seseorang bagi memastikan dia membuat pilihan yang betul? Adakah dia memilih kerana keluarga, rakan-rakan, sebab tak ada pilihan, pasangan, atau lebih teruk, kerana wang, kuasa dan kedudukan? Percayalah, ramai penyokong kita berada di bahagian memilih bukan berdasarkan akidah tetapi berdasarkan faktor-faktor luaran. Aik? Penyokong kita? Siapa kita? Kalau aku sokong sesuatu parti, dan anda pun sokong parti tersebut, maka anda boleh bersetuju dengan term kita tu. Tapi kalau tak, ehmm...question? Not which side are you, but based on what that you chose the other party> Cover the basic first.


Individu yang akidahnya dah kukuh akan automatik mudah membuat pilihan yang tepat. Sebabnya, dia akan memilih parti yang sememangnya perjuangannya adalah berlandaskan akidah. Tapi kalau orang yang rukun iman dan Islamnya pun tidak dipenuhi, maka di sinilah masalah akan timbul untuk membuat pilihan. Jadi taktik meraih undi dengan cuba menyogokkan golongan ini dengan isu-isu semasa atau dikenali sebagai isu politik hanyalah bagai mencurah air ke daun keladi. Sebab itulah kita lihat orang-orang tua atau golongan emas yang tidak boleh digadai ini memang dah tak makan pujukan dengan isu-isu politik. Cakaplah macam manapun, dia masih tetap dengan pilihannya dulu, kini dan selamanya. Contoh, PRU-12 menyaksikan undi banyak memihak kepada pembangkang disebabkan isu-isu panas kalah pisang goreng panas. Tapi, undian diberikan lebih berdasarkan emosi, atau desire. Desire of getting revenge because of what the government did to the people. Tapi seperti yang kita katakan di atas, ikut nafsu, lesu. Semakin hari, sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin lesu. Sehingga ada ahlinya sendiri sanggup lompat parti semata-mata mengejar pulak wang dan kedudukan. Perjuangan dah lesu. Except PAS.


Mengikut pengalaman, ada seorang sahabat yang merupakan penyokong tegar satu parti nih. Huish, kalau berdebat dengan dia, boleh bawa bergaduh. Tapi gaduh-gaduh manjalah. Hih. Kawan-kawan seangkatan dengan aku sentiasa memprovokasi sahabat aku nih, termasuklah aku. Namun, ukhuwah sentiasa terpelihara walaupun berlainan ideologi. I had her background checked. Pilihan dibuat berdasarkan pilihan keluarga. Tetapi disebabkan kami nih pelajar sekolah agama, aku fikir fikrah dia ni masih boleh diubah sebab akidahnya lurus. Jadi kadang-kadang aku berhujah dengan dia menggunakan rasionalnya sebagai seorang Islam. Memanglah sesetengah orang merasakan berpolitik nih akan merosakkan hubungan. Tu sebab tak pandai nak tackle. Janganlah kita kritik pemimpin mereka walaupun betul, dan mengangkat pemimpin kita sebab itu bukanlah sebabnya kita memilih sesuatu parti. Itu hanya membuatkan orang mencari-cari kelemahan pemimpin kita. Like I said before, let them make their choice base on their faith. A clear faith.


Apabila akidah dia betul, dia akan beri second thought kepada setiap hujah yang kita buat. Dia takkan menolaknya dengan remeh atau menganggapnya hanya sebagai politik sahaja atau suka-suka nak bergaduh pasai politik. Sebabnya pilihan kita melibatkan kelangsungan akidah kita dan generasi kita pada masa hadapan. Tapi seperti yang aku cakap tadi, dia merupakan seorang penyokong yang tegar. Masih segar di ingatan aku, sewaktu Tingkatan Empat atau Lima, Tok Guru diberitakan mengalami sakit jantung sehingga masuk ICU. Kami semua bersedih dan berdoa semoga Tok Guru sembuh. Sahabat aku ini sebaliknya. Dia seronok dan berharap semoga Tok Guru meninggal. Huh, dahsyat. Do you ever believe that? Tapi, itu cerita lama. Selepas tingkatan Lima (SMKA Al-Irshad), dia bersama-sama dengan aku di tingkatan Enam Bawah. Selama setengah tahun dia bersama dengan aku, tinggal di rumah aku dan bersekolah dengan aku di SMK Penanti. Selama tempoh setengah tahun itu, kami mempelajari pentadbiran negara dalam Pengajian Am dan sentiasa berhujah berdasarkan isu semasa sebelum dia menyambung pengajian di UiTM dalam bidang undang-undang. Dalam tempoh itu, dia akhirnya mendapat hidayah dan membuat pengakuan bahawa dia telah membuat pilihan dengan rela hati. Seronok bukan kepalang hati aku nih. Selama 6 tahun bersamanya, akhirnya fikrah kami sama. Daripada seorang yang amat membenci Tok Guru, menjadi seorang yang amat menyanjungi Tok Guru. Dalam Facebook, dia letakkan gambar Tok Guru sedangkan aku tak simpan langsung pun gambar Tok Guru.


Rencana Allah, siapa yang tahu? Berita ini sememangnya menggembirakan sahabat-sahabatku sefikrah yang lain. Lama ler juga aku cuba mengubah fikrah sahabat aku nih. Sebabnya aku lihat dia seorang yang bijak dan petah bercakap. Sekarang merupakan bakal peguam yang berjaya. Insya-Allah. Dekan dalam tangan sokmo. Tak rugi aku berusaha. Alhamdulillah. Semoga dia dapat menggunakan ilmunya untuk perjuangan menegakkan Islam di Malaysia.


Kesimpulannya, akidah perlu dibereskan dulu sebelum meminta seseorang untuk memilih parti kita. Jika tidak, mereka tidak akan setia pada perjuangan dan mempunyai tujuan yang tersasar dengan parti. Kerana parti kita satu-satunya parti yang berjuang atas landasan Islam dan kerana Allah. Allahuakbar!


-Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih-

~ Creating ideas for lives ~

No comments:

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter