Sunday, 23 May 2010

ANTARA TERJAH DAN FITNAH

Bismillahirrahmanirrahim...
Sekarang inikan waktu cuti semester bagi pelajar universiti. Jadi, sekarang ini juga waktu pemuda pemudi kita membina masjid atau mengikat tali pertunangan. Kawan-kawan aku pun tak terlepas dari perkara-perkara ini. Sebenarnya aku tak suka menyentuh mengenai perkara sebegini. Kalau aku buka mulut jer mesti kawan-kawan akan komen, " Ang ni, jangan menolak fitrah." Bukanlah aku menolak fitrah, tapi dah kalau 24 jam asyik bercerita pasal kahwin-kahwin jer, orang lain kahwin, depa pun teringin nak kahwin, berbulu ler juga telinga.
Kawan aku nak kahwin hujung minggu ni. Ok, fine. Kahwinlah. Baguslah. Tapi yang kita ini pun berangan-angan sama sedangkan jodoh tak sampai lagi, bawa-bawalah bersabar. Banyak lagi benda nak kena fikir. Ustazah cakap, kalau kita nak yang terbaik, kita kena jadi yang terbaik. Tu salah satu faktor yang membuatkan aku malas nak fikir pasai benda ni. Aku tawakal jer.
Tapi ada satu perkara yang akan membuatkan aku fikir nak cepat kahwin. Fitnah. Dengan dunia sekarang yang fitnah macam kegelapan malam, aku pun kadang-kadang tak terlepas. Dekat KL ni, hanya ada aku dan dua adik laki aku. Kalau jalan sensorang mestilah bahaya. Nak bawa kawan, kawan tak nak ikut. Jadi siapa lagi yang boleh kuharap selain daripada adik-adik laki aku. Mereka kan mahram aku. Yang tak bestnya bila aku dengar dari mulut-mulut orang yang menuduh aku berjalan dengan pak we. PAK WE? Dengar perkataan tu pun buat aku senak perut, inikan pula nak memiliki satu. Nauzubillah. Aku masih waras ok. Kalau nampak aku pegang lengan lelaki, itu tandanya adik aku. Faham? ADIK aku. Dalam keluarga kami memang dah dididik macam tu. Aku tahu aku ni bertubuh kecil, tapi tak bermaksud aku tak layak nak jadi kakak.
Tapi lebih baik diterjah berbanding difitnah. Aku diterjah gara-gara dilihat memegang lengan adik lelaki aku. Ni sape ni?
Kakak saya.
Ye ke kakak? Abis tu kenapa pegang tangan?
Ya Allah, dunia sila beritahu aku, adik dan kakak tak boleh pegang tangan kah? Kami diterjah sampai tahap aku kena tunjuk IC, baru nak percaya. Dunia sekarang memang dah terbalik. Manusia sudah tidak boleh berbaik sangka. Sedangkan pada waktu tersebut aku berpakaian muslimah. Takkanlah seorang muslimah nak berpegangan tangan dengan bukan mahramnya . Rasionallah sikit. Ok, aku faham. Dunia sekarang memang macam tu. Kasih sayang antara saudara-mara dianggap pelik, tapi kalau kasih sayang antara bukan mahram dianggap suatu perkara yang suci dan kudus sehingga tahap melahirkan anak luar nikah. Apa semua ini? Ok, mungkin aku agak emosional dalam mengulas isu ini.
Mungkin disebabkan kena terjah. Tapi bukan sekali perkara ini terjadi. Sebelum ini, cerita-cerita ini selalu sampai ke telinga aku. Kawan kepada roommate aku pernah nampak aku dengan dua orang laki di Mid Valley. Nak tahu apa mereka cakap? " Tak sangka, Ayu macam tu. Tengok baik." Ya Allah, aku memang baik...:P Nasib baik roommate aku tahu aku pergi jumpa adik aku kat Mid Valley. Jadi dia terangkan perkara yang sebenarnya. Tapi kalau yang tak tahu? Sabar jer lah...
Jadi sesiapa yang kenal aku kat sini, dan baru membaca entri ini, aku beritahu korang semua, aku ada tiga orang adik lelaki dan adik aku semua tinggi-tinggi dan besar-besar belaka. Jadi kalau ternampak aku bersama-sama either one of them, itu adik-adik aku. Muka kami memang tak serupa. Yer lah. Genetik mak dan abah. Tapi kami semua memiliki mata yang sama kalau diperhatikan betul-betul. Alah, buang masa jer aku bagitau. Orang kalau dah suka memfitnah, memang tak akan perhati dua kali.
Adakah ini cara Allah nak ubah persepsi aku terhadap perkahwinan? Wallahualam. Tapi memang Allah menjanjikan ketenangan dalam perkahwinan. Tapi perkara ini bukanlah satu perkara main-main. Ia berkaitan dengan hak dan tanggungjawab. Tak tenang juga kalau kita tak faham hak dan tanggungjawab setiap pasangan,. So far, aku tak faham. Jadi aku bukan dalam kategori wajib atau harus berkahwin. Sementara nak reda trauma diterjah, aku fikir nak kahwin. Tapi lepas dah reda, aku takkan fikir perkara ini dan kawan-kawan aku kembali berkata, " Ayu, jangan menolak fitrah, kahwin sebahagian daripada sunnah, bla...bla..bla".
Al-islamu ya'lu wala yu'la a'laih
~ Creating ideas for lives ~

No comments:

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter