A place for a lone ranger to write and share her stories from different sides and angles.
Friday, 31 December 2010
LUAHKANLAH...
Thursday, 30 December 2010
NILAI UNTUK SETIAP PERKARA
Thursday, 23 December 2010
MEMORI SERI KEMBANGAN
Cinta itu, cahaya sanubari, kurniaan Tuhan, fitrah insani, dan di mana terciptanya cinta, di situ rindu bermula… Cinta itu tidak pernah meminta, tetapi memberi sepenuh rela, rasa bahgia biarpun sengsara berkorban segala-gala…semua kerana cinta…yang pahit manis di rasa, menghibur nestapa, merawat luka, damai di jiwa…
Apabila manusia semakin dewasa, mereka menjadi kurang humoristik, terlalu banyak prasangka hasil dari pengalaman sepanjang perjalanan dalam menempuh kehidupan dan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia. Prasangka tersebut menyebabkan manusia membina perisai peribadi dari sehari ke sehari beralaskan perasaan ego yang tebal yang cuba dinafikan dengan alasan supaya tidak terluka. Lihat kanak-kanak, sifat terlalu percayakan orang, kadang kala dilihat seperti cuai atau naif. Hal ini disebabkan mereka tidak mempunyai perasaan prasangka langsung dalam diri terhadap manusia di sekeliling. Sifat yang ceria dan kadang kala dilihat keterlaluan adalah cerminan hidup mereka yang penuh dengan sesuatu yang hidup dan penuh dengan keinginan untuk mencuba. Tidak ada kerisauan mengenai apa-apa yang akan terjadi esok hari. Disebabkan itulah orang dewasa kurang ketawa berbanding kanak-kanak yang menyebabkan orang dewasa berisiko untuk mendapat penyakit.
Kenapa tiba-tiba aku menyentuh perkara sebegini ? Cerita sebegini tidak akan pergi ke mana-mana. Aku cuba mencuri masa untuk menaip, meluahkan segenap rasa yang sedang aku alami. Cuba memahami tindak balas manusia di sekeliling. Kalau bukan malam ni, aku tak tahu sama ada aku akan beroleh kesempatan esok, lusa atau tulat. Walaupun susunan cerita agak lintang pukang, nanti jika berkesempatan aku akan menyusunnya kembali. Aku menggagahkan diri juga untuk menaip, supaya aku beroleh kekuatan untuk menghadapi hari mendatang.
Ayat di atas agak dramatis dan puitis, aku yang membaca pun nak termuntah sebab aku bukanlah seorang yang puitis mahupun romantis. Di sini aku sebenarnya cuba untuk mendapatkan kembali perasaan seperti zaman kanak-kanak dahulu. Semangat inkuiri yang tinggi, ingin mencuba sesuatu yang baru, tidak takut dengan risiko, malah tidak pernah memikirkannya. Kalau ada kesan dari tindakan pula, aku cuba untuk bertindak balas seoptimis yang mungkin, tidak mengadili dari sudut emosi dan cuba merasionalkan sesuatu. Semuanya didasarkan atas nama cinta. Cinta kepada Allah bererti menerima setiap ketentuannya dan menganggap setiap apa yang dihadirkan dalam hidup ini adalah tarbiyah dari Allah untuk menjadikan manusia sebagai hamba yang sebaiknya.
Disebabkan oleh faktor di atas, aku cuba untuk keluar dari zon selesa. Habis sahaja peperiksaan semester kedua, aku punya dua pilihan. Beli tiket balik kampung di KL Sentral, pastu kemas-kemas barang, terus cabut balik seawal mungkin. Sampai di rumah, dua bulan tu duduk rehat, makan minum sampai kembali ke UKM pada 10/7. Pilihan kedua, pergi rumah kawan di Pahang selama tiga hari, melawat tempat yang aku tak arif langsung, tinggal di rumah kawan yang aku tak tahu perangai saudara-maranya, makan minum di rumah orang, lepas tu, mula kerja selama dua bulan sebagai guru KAFA di tempat yang aku pun tak pernah jejakkan kaki pun, pergi ke tempat tu sendiri lepas pulang dari Pahang.
By the end of the day, aku sedar yang aku ni memang tak ada skill nak mengajar sebab kurang sabar...jadi sekarang tak menyesal sebab Allah takdirkan aku berada di Sains Politik. Terima kasih Tuhan...
Sekarang dok susah hati memikirkan kerja apa nak buat nanti cuti semester sampai 4 bulan yang akan datang....huu.
~ Creating ideas for lives ~
Tuesday, 14 December 2010
Belajar Dari Gajah
Tuesday, 7 December 2010
DOMINASI WANITA
Sunday, 5 December 2010
SPREAD YOUR SMILE
Pernah tak kita berkeinginan untuk tersenyum apabila melihat orang lain tersenyum? Walaupun individu tersebut tidak senyum kepada kita, tetapi kuasa senyuman dia menyebabkan kita pun tersenyum tanpa disedari. Itu tandanya senyuman yang diukir oleh individu tersebut adalah ikhlas. Aura senyumannya menyebabkan kita turut ingin tersenyum. Selalunya senyuman ini dimiliki oleh bayi. Walaupun tengah gundah gulana, apabila kita melihat senyuman bayi, sejuk hati dan kita pun tersenyum. Terdetik pulak dalam hati, kalaulah kita kembali menjadi bayi, tidak pernah susah hati. Sebenarnya, kita pun boleh mengukirkan senyuman yang ikhlas. Senang saja. Apabila kita mengukirkan senyuman secara automatik atau spontan, sebenarnya kita sudah pun memberikan senyuman yang ikhlas.
Apabila kita fikir sebelum senyum, senyuman itu akan menjadi senyum kambing, senyum sinis, senyum sumbing, senyum menggoda, senyum gatal, senyum manja dan macam-macam jenis senyuman yang tidak beraura langsung. Ada aura tapi yang negatif. Betul dak? Ye la, kalau kita terfikir untuk senyum kepada Prof yang kita selisih di tepi jalan, ianya akan menjadi senyum hormat. Auranya tak menyeluruh. Orang yang melihat kita tersenyum kat Prof tak rasa pun nak tersenyum sekali.
Sebab itulah kita pernah mendengar kebahagiaan itu perlu dikongsi oleh seluruh dunia. Spread your smile and the world is with you. Betul juga. Bila kita tersenyum, kita merasa kecukupan dengan apa yang ada sehingga kita tak perlu mengejar dunia kerana dunia sudah bersama kita. Senyum itu juga sebagai tanda syukur dengan apa yang Allah berikan. Tak perlu hendak memakai ubat gigi Darlie or whatsoever.
~Al-islamu ya’lu wala yu’la ‘alaih~
Monday, 22 November 2010
Kusangka Panas Hingga ke Petang
AGENDA PAGI RAYA
Ni Aleesya. Tu gambar dia waktu dia mula-mula masuk rumah aku. Yang gambar bawah tu selepas dia dikiss oleh aku. Sungguh tak patutkan? Dia meraung ok lepas aku kiss pipi dia. Orang cakap, budak-budak ni boleh nampak aura kita. Kalau aura kita tak baik, dia akan nangis bila tengok kita. Ye la tu...nak cakap aku ada aura tak baik. Pada pendapat aku, mereka nangis bukan sebab aura aku tak baik, tapi disebabkan hidung aku yang keras. Hatta, orang-orang tua pun komplen. Err, pernahkah ada orang yang hidung dia lembut? Musykil, musykil.
Ni Syifa. Dia demam, so aku tak ganggu dia lebih-lebih. Tenang jer tengok dia lena. Tapi mak dia cakap, dia selalu meraung macam Aleesya kalau sihat. Owh, I was glad she’s sick.
Hmm, cek mek molek ni namanya Athirah. Sopankan dia duduk? Adakah semulajadi camtu? Of coz not. Dia telah didoktrinkan oleh Nenek dia a.k.a Mak Jang aku yang kat sebelah dia tu. Sebelum dia duduk bersimpuh tu dia duduk macam biasa jer. Sekali Mak Jang aku kata, “Baby, duduk elok-elok, nanti tak dak orang nak pinang duduk camtu,” Hahaha...secara automatik, slow jer dia ubah posisi duduk bersimpuh. Ya Allah, she was juz 4 years old. Bertuah Mak Jang aku nih...kuat sungguh doktrin tu. Sabar jer la...the only grandaughter, camtu la. Very particular. Aku cukup suka protokol-protokol ni. Tapi bukanlah disebabkan nak bagi orang pinang. Tapi memang cucu dia sorang ni kecik-kecik lagi dah nampak cerewet. Imej jaga yang amat. Yer la, dari kecik mak dia sediakan satu beg penuh dengan Baby Johnson punya produk, bila ramai orang cium anak dia yang gebu tu, terus dia bagi mandi. Tak bleh busuk atau belemoih (kotor) sikit, terus bagi mandi. Baju tak payah cakap, lawa kemain. Ada gaya, mutu, keunggulan. Dari cara jalan, pegang tisu, bercakap, semua ada gaya. Sombong ler juga. Kena puji-puji dulu baru dia layan. Macam manalah besar nanti. Hehe...kita tunggu dan lihat.
Yang ni Barzun. Tengok gaya dah tahu yang dia ni pendiam dan mendengar kata. Dulu kecik-kecik kuat nangis juga. Tak boleh berenggang dari mak dia. Tapi dah besar ni ok sikit. Memang cerdik budak ni. Jadi aku tak kacau sangat. Bila tanya soalan, jawab pun gaya budak baik. Bagus-bagus...bakal gentleman akan datang macam ayah dia.
Last but not least, my buddies...Ammar a.k.a Ah Meng. Kesepetan dia menawan hatiku. Hehe. Kalau cuti tak jumpa dia, rasa macam cuti tak lengkap. Aku kelek dia ke sana ke mari. Semestinya seorang yang mesra alam, jenis tak merap (buat perangai), dan tak belemoih.
Tapi, dalam banyak-banyak budak-budak ni, tak ada lagi yang aku jumpa macam Acik, adik aku yang kedua. Uish, comei habis. Bukan sebab dia adik aku, tapi sebab dia memang seorang bayi yang amatlah comelnya sewaktu kecil. Dengan badan yang bertubuh, kulit yang gebu, mata yang bulat tapi sepet (mata dalam). Ada orang cakap macam anak Bosnia. Sekali tengok bila besar-besar ni, ada iras-iras Podolski pemain bola sepak Jerman tu.
Kenapa aku gigih sangat bercerita pasai budak-budak ni? Orang lain pun ada anak menakan (anak saudara) juga, tak kecoh-kecoh pun. Yer la, sebab orang lain ada dan aku tak adalah aku kecoh-kecoh. Memang jarang jumpa budak-budak kecil sekarang ni. Jangan ingat aku dah sampai seru nak berkahwin pula, wohoo...jauh panggang dari api. Baru-baru ni teman sahabat pergi shopping barang-barang kahwin dengan mak dia, dia merungut “susah juga nak kahwin ni,”...haha...aku angguk-angguk tanda setuju.
Biasalah tu, mungkin naluri kot. Kalau bukan naluri, tak adalah seorang perempuan yang ubah jantina jadi lelaki tiba-tiba teringin nak mengandung pula. Memang tak senonoh. Rindu nak ada budak-budak kecil kat dalam rumah yang keletah. Tapi tak nak jaga. Nak main bila dia ok jer. Bila dia nangis, buat hal, aku tak nak amik port. Bagi kat mak dia balik. Masih ada sisa-sisa kekejaman di situ. Ya, dulu aku agak kejam kerana tidak sukakan kanak-kanak sebab depa ni kuat nangis dan belemoih. Mesti ada yang cakap, eleh dia masa kecil dulu pun mesti kuat nangis juga. Eh, eh, tak ok. Bila aku tanya mak aku, ‘Mak, Ayu dulu kuat nangis macam budak-budak tu ka?”. Mak aku cakap, “Tak, Ayu dulu tak reti menangis,senang nak jaga” Takkan mak cek nak tipu kot. Aku dari dulu lagi dah jadi kejam. Mafia. Ayun buaian tinggi-tinggi sampai tersaruk (tersangkut) kipas angin. Tak cukup kipas angin yang jatuh, kipas angin tu tarik dengan TV sekali. Dua-dua jatuh atas lantai depan-depan mak abah aku yang tengah menonton. TV tu rosak terus. Tapi aku tak nangis. Aku terkebil-kebil ja. Menakjubkan sebab mak abah aku tak marah. Hehe. Mak aku yang cerita. Tapi sekarang aku rindu pada kanak-kanak, apalah dosa budak-budak tu untuk tidak digemari. Bahkan mereka itu suci berbanding dengan aku yang sudah terpalit dengan dosa-dosa buatan sendiri. Astaghfirullah...
Thursday, 11 November 2010
TOLLGATE GIRLS
Tuesday, 9 November 2010
WARKAH CINTA
REZEKI SILATURRAHIM
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Monday, 8 November 2010
KASIH SEORANG WANITA
Sunday, 7 November 2010
Selamat Hari Lahir
*ilalliqa'