Tuesday, 10 November 2009

BILALAH GILIRAN AKU?

Tadi, waktu hujan lebat terlelap sebentar bersama-sama dengan bahan bacaan. Khusyuk dan tawaduk menghayati setiap bacaan sehingga entah bila mata terpejam. Sedar-sedar dah masuk asar. Bangun solat, kemudian duduk sebentar di meja tulis sambil kepala serabut memikirkan mana-mana tajuk yang perlu diberikan tumpuan yang lebih. Dalam keserabutan pun tangan masih sempat mencapai handphone dan melihat mana tahu kot-kot ada mesej dari kekasih (baca mak). Memang mak yang menghantar mesej. Kuat betul instinct. Buka mesej:

mak: Ayu, sayuti anak pakndak sobri mati
accident hari ni

Innalillahiwainnailaihiroji'un...Terkedu aku...sejuk tangan dan kaki. Terus telefon mak tanya apa-apa yang patut. Lepas telefon, aku melayan fikiran sejenak. Dia baru umur 20 tahun. Samalah dengan aku. Jiwa muda. Teringat balik masa kecik-kecik selalu pergi PASTI dengan dia. Kiranya memang kamcing la. Sampai ada mulut-mulut yang gatal bergossip pasal kami. Aku tak kisah. Lagipun kecil lagi masa tu. Main kahwin-kahwin dan kejar-kejar. Terimbau nostalgia lama sebentar...

Tapi bukan perkara tersebut yang ingin dibangkitkan di sini. Yang lalu biarkan berlalu. Lagipun bila dah besar masing-masing faham sendiri batas-batas pergaulan. Selalu nampak dia pun hanya waktu terawih atau sembahyang raya di kampung. Perkara yang bermain di benak dan hendak dikongsikan ialah kita selalu tertanya-tanya bilakah giliran kita nak berkahwin, bila giliran kita hendak memakai kereta besar, bilakah giliran kita hendak menjadi pemimpin, bilakah giliran kita hendak dapat itu dan ini, tapi jaranglah sesangat kita bertanya bilakah giliran kita hendak masuk lubang kubur atau bahasa lembutnya menemui ajal.

Apabila mendengar berita kematian, barulah insaf sebentar dan terfikir soalan tersebut. Memang maut dan ajal datang tanpa mengira umur. Siapa sangka? Dia pun tak tahu yang nikmat hidup yang diberikan Allah padanya hanya setakat umur 20....20 tahun...

Singkat benar bagi manusia seperti kita yang amal ibadatnya tak pernah upgrade, sentiasa lalai dan alpa, leka dibuai perasaan muda-mudi, dan sebagainya. Semangat untuk hidup menceracak naik namun siapa sangka bila-bila masa sahaja semangat hidup tersebut akan dicantas oleh panggilan Illahi. Kemudian kita akan ditanya seperti mana ukhti munie tuliskan:

1) Umur, untuk apa umur kita ini dihabiskan?
2) harta, dari mana kita dapatkan?
3) Harta, ke mana kita habiskan?
4) Jasad, untuk apakah jasad ini disumbangkan?

Sekarang kita boleh mencongak-congak jawapannya dan membuat perubahan, tapi bagi orang yang telah menghadapi kematian seperti dia...Ya Allah, golongkanlah dia dalam orang-orang yang beriman.

Akhir kalam, sebenarnya apabila kita menghadapi kematian, barulah mata kita akan celik. Selama kita hidup ini mata kita sebenarnya buta. Sewaktu berada di dalam kubur, baru kita tahu apa-apa yang sepatutnya kita lakukan sewaktu hidup di dunia dan apa yang tidak sepatutnya kita lakukan...
Persoalannya, adakah berguna kesedaran kita pada waktu itu?

Azan maghrib sudah berkumandang, oleh itu setakat ini dahulu. Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan...

~Al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~

~ Creating ideas for lives ~

4 comments:

Unknown said...

Assalamualykum...

Al-fatihah utk arwah saudara Sayuti dan takziah utk keluarga...

Masya-Allah, Engkau Maha Kuasa... Tidak ku ingin mempersoal kekuasaan-Mu yg menentukan ajal maut hamba-hamba-Mu...

Utk pengetahuan ayu dan para pembaca, ini merupakan berita kematian ketiga yg Cleo dengar untuk hari ni... Menggigil tangan ketika menaip tetapi Cleo gagahkan juga untuk berkongsi dan ditatapi semua...

Yang pertama, ayahanda salah seorang sahabat kakak Cleo, yg menuntut di USM Trans Kerian meniggal jam 1 tengah hari tadi dan dia sekarang dalam perjalanan balik ke Kelantan. Masih ada 1 paper lagi yg belum dia duduki, Khamis ni. Semoga dia tabah menghadapi ujian Allah...

Yang kedua, juga ayahanda sahabat kepada saudara Mohd Helmi - YDP Persatuan 'Anak Penang' UKM.. Cleo tak pasti status sahabat ni, tak kenal tapi moga dia juga tabah meneruskan hidup tanpa seorang yg bergelar ayahanda...

Dan yg ketiga, berita pemergian Saudara Sayuti, saudara kepada ayu...

Masya-Allah... Ya Allah, Engkau lah penentu hidup dan mati kami.. Sekiranya telah tiba giliran kami, berikan lah kami keringanan menghadapi saat kematian kami, ya Allah...

munie said...

Allahu akhbar...Allahu akhbar... summa Allahu akhbar...
bagaikan semalam baru kenal allahyarham sayuti..dulu satu kelas dengan dia...semoga ruh nya dicucuri rahmat.. bagi kita yang masih diberi nikmat iman dan umur yang belum tentu panjangnya, sama2 lah muhasabah diri..
~al-fatihah~

Unknown said...

Ya.. sebentar tadi sampai lagi berita pemergian 2 insan dr dunia ini..

Ayahanda saudari Rafiza, pelajar kej. bahan USM kampus kejuruteraan, tahun 3.

Mak cik kpd saudara Azri, juga pelajar kej. bahan USM kampus kejuruteraan, tahun 3.

Ya Allah, kau masukkan lah ruh-ruh mereka ini bersama golongan ruh-ruh org beriman. Amin...

ayu said...

klu kita perasan...orang2 yang meninggal ini semua terdiri daripada lelaki. Tak dengar lagipun yang perempuan. Sedangkan orang lelaki makin sedikit. Teringat kuliah Ramadhan seorang ustaz di kampung, pernah dia berkata "ana kalau stp kali letih dlm berjuang ana selalu doa pada Allah jika ana tak berdaya lagi untuk berjuang, tidak berguna lagi untuk Islam ambillah nyawa ana," sedangkan dia punya ustazah dan anak-anak. Pernah juga dengar ustaz cakap orang lelaki mati awal kerana sentiasa memendam perasaan. Orang perempuan pula selalu melepaskan perasaan contoh berleter. Sebab tu panjang umur.Betul ke? Takut andainya tak dapat jadi isteri solehah,nanti suami minta mati awal...isk...isk

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter