Friday, 27 November 2009

SATU MIMPI PADA PAGI RAYA...


(gotong-royong kenduri)





Tidur agak lewat malam Hari Raya Aidiladha. Entah apa-apa yang disibukkan pun tidak tahu. Terjaga dikejutkan oleh alarm handphone yang menandakan telah masuk waktu Subuh. Nafsu untuk tidur masih berbaki, lalu perlahan-lahan selimut ditarik. Tiba-tiba serasa ada benda seperti tangan yang memegang lutut, seperti terkena kejutan elektrik aku menjerit sambil menepis benda tersebut. Aku menarik selimut membaluti seluruh tubuh. Jantung berdegup kencang. Ya Allah, apa benda tu? Aku yakin aku memang kunci pintu bilik semalam. Perkara sebegini tidak pernah terjadi dekat aku sebelum ini. Kenapa aku boleh bayangkan benda yang bukan-bukan? Setelah aku mula bertenang, baru aku teringat, apa yang hendak ditakutkan? Subuh dah masuk dah pun. Seperti lipas kudung, aku bangun dari katil dan bergegas membuka pintu (pintu memang betul dikunci) seraya duduk berdekatan adik aku yang tidur di kusyen. Aku cuba bertenang. Mungkin disebabkan tidak cukup tidur aku membayangkan yang bukan-bukan.

Seusai solat Subuh dan membaca Al-Quran, terlelap sebentar. Sisa-sisa kantuk masih ada. Telekung pun tak sempat dipecat. Dalam tidur, aku bermimpi berjumpa dengan rakan-rakan lama di sebuah kawasan kediaman di tepi pantai ( Has, Azizah pun ada, Mun tak dak le plak, Sakinah Sobri, Shikin). Kami semua ingin menyambut semacam satu keraian. Dalam perjalanan hendak menuju ke tempat keraian, aku ditahan oleh seorang Prof. Beliau meminta aku mendengar penerangan beliau tentang... biologi? (aku dah lama tinggal subjek tu). Aku bertanya apa tujuan dia meminta aku duduk mendengar penerangan dia?Dia cakap dia hendak mengajar seseorang. Tetapi aku tengok di dalam makmal tersebut kosong jer. Aku tanya mana pelajarnya? Dia menunjuk ke arah sesuatu. Aku berpaling dan melihat seorang kanak-kanak lelaki yang....kurang upaya. Dia cacat di kedua-dua belah tangan. Aku yakin dia bukan berasal dari Malaysia. Jadi aku bertanya, "Where are u from?". Dengan ringkas dia menjawab "Palestin". Aku mengangguk-angguk. Kemudian Prof pun memulakan sesi penerangan. Perkara pelik yang aku lihat, kanak-kanak tersebut mencoret-coret sesuatu di atas kertas. Bukan isi penerangan yang dicoretkan tetapi semacam lukisan kasar. Ye la, kanak-kanak diberi penerangan tentang biologi. Pelik kan? Tiba-tiba dia meraung-raung memanggil-manggil uminya. Kaget aku sebentar. Aku menghampirinya dan cuba untuk memujuk. Aku cuba-cuba bertutur dalam bahasa Arab. Tapi lintang-pukang. Entah bagaimana aku memeluk dia dan berkata " Syafakallah...syafakallah" sambil mengurut-ngurut dada kanak-kanak lelaki tersebut. Dia terdiam. Tidak semena-mena air mata mengalir dan aku terjaga dari mimpi. Serasa-rasa ada sisa-sisa air mata di tubir mata sewaktu terjaga. Menung panjang aku mengingatkan mimpi tersebut. Apakah makna mimpi ini? Seingat aku tidak ada perkara yang bersangkutan yang aku lakukan pada malam hari yang menyebabkan aku bermimpikan perkara tersebut. Wallahu'alam. Teringat peristiwa di mana seorang pemuda yang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w menyatakan keinginan dia untuk berzina. Rasulullah s.a.w tidak sekali-kali memarahi dia, tetapi Rasulullah s.a.w mengurut-urut dada pemuda tersebut dan memberi nasihat yang menyebabkan hasrat pemuda tersebut terbatal.

Seperti umat Islam yang lain, aku pergi menunaikan solat sunat Aidiladha. Seperti biasa lone ranger seperti aku pergi berseorangan walaupun kakak dan mak tidak menemani. Dekat ceh ja surau tu ( kata orang utara). Bersalaman dengan orang-orang tua di kampung, terjadi satu peristiwa yang melucukan. Sewaktu bersalaman dengan sorang mak cik ni, dia mengajukan pertanyaan, " Ni menantu ka anak saudara dot...dot..?". Sudah...sejak bila plak aku kahwin? Baru tak jenguk muka dah jadi kot len plak. Nasib baik sorang mak cik ni menyelamatkan keadaan, "Laaa..ni anak Nah Li (singkatan nama mak dan abah aku ) la...hang ni". Pastu mak cik yang tadi kata "aku ni rabun...tak perasan". Apa-apa je la mak cik. Aku mengambil tempat di satu sudut di belakang ruang solat wanita. Sebelah dengan sorang mak cik yang aku panggil Tok Su. Dia bertanyakan mak aku. Sebenarnya aku berasa tidak selesa untuk bersembang sebab orang ramai tengah mengalunkan takbir. Aku baru hendak menghayati falsafah korban dengan lebih mendalam tahun ini. Tetapi kalau aku tak melayan, nanti kecik hati Tok Su. Aku pun menjawab apa-apa yang patut. Satu budaya kampung ni, ramahnya tidak kena tempat dan masa. Time tu la nak bertanyakan khabar, time tu la nak bergossip. Dari satu cerita ke satu cerita. Masa khutbah dibacakan pun, mak cik-mak cik ni pun meninggikan volume khutbah depa. Nak tegur...siapalah kita. Sudahlah pak sedara aku (pengkhutbah) tu batuk. Kesian kat dia kena meninggikan volume bagi mengatasi volume mak cik-mak cik yang tengah semangat cerita pasal orang pergi haji. Terbatuk-batuk dia. Apa cara yang sesuai nak tegur mak cik-mak cik ni ? Sepatutnya pengkhutbah boleh tegur kalau dengar ada gangguan-gangguan bunyi sebegini. Biar mereka sedar tujuan mereka datang ke surau.
(Sahabat lama berkunjung)


Ada sebuah buku tulisan seorang muslim sekular bernama Hishamudin Rais bertajuk Keganasan, Penipuan & Internet. Beliau merupakan bekas tahanan kem Kamunting, dan seorang reformis. Dalam tulisan beliau, beliau ada menyebut sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha sekarang ini kurang spiritual berbanding dahulu. Beliau mencari-cari semangat kudus tersebut tanpa menyedari orang-orang seperti beliaulah yang telah menghilangkan kekudusan sambutan perayaan mulia umat Islam. Bukankah kita selalu mendengar, kalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi? Kalau bukan di sini di mana lagi? Namun, tidak dipertikaikan tulisan-tulisan beliau amat sesuai dengan jiwa muda yang dahagakan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat. Apabila membaca tulisan-tulisan beliau, serasa semacam tidak ingin berhenti dan ingin teruskan pembacaan sehingga ke penghujungnya. Buktinya, aku dapat habiskan pembacaan dalam masa 3 hari. Satu tempoh yang singkat untuk aku menghabiskan pembacaan berunsur ilmiah. Aku anjurkan kepada rakan-rakan untuk membaca buku tersebut dan kemudian menilai penulisan tersebut.Kadang-kadang rasa gelisah apabila membaca pandangan beliau yang agak kurang mengambil berat mengenai agama.
( pandai-pandai kutip isi yang berguna)
Pada pendapat aku, walau sehebat mana pun seorang individu tetapi jika tidak memiliki kepakaran dalam ilmu keagamaan kalau mereka memberikan pandangan tentang agama, akan nampak ketempangan pandangan mereka. Senang cakap," Kalau tak reti pasai agama, tok sah dok pandai-pandai cakap pasai agama, nampak bodoh". Camtu la kalau orang utara kata. Takut-takut ada orang yang akan terpengaruh dengan pendapat tersebut dan boleh membawa kepada syirik tersembunyi. Bukan tak boleh sentuh langsung, tapi kalau berlebih-lebih mempersoalkan dan memberi pandangan ikut akal sendiri pula, bahaya tu. Bawa-bawalah beristighfar sebelum menyatakan pendapat.

P/s: Post kali ni panjang disebabkan penulis melepaskan gian menaip.
-al-islamu ya'lu wala yu'la 'alaih-

~ Creating ideas for lives ~

2 comments:

munie said...

bismillahirrahmanirrahim...

kagum...penulisan yg matang..wah...syabas bete..syabas!!
lg 1...gmbar 2 gadis di atas tu mmg ayu lah...seindah nama mereka.. ayu + liza...huhu..hope bleh jumpa kalian.. ameen

ayu said...

assalamualaikum...
alhamdulillah...rasa2nya masih banyak kekurangan dari segenap segi...jangan risau. kita akan berjumpa. InsyaAllah. Takkan lari gunung dikejar. sayang mun...
p/s: mun, jgn puji rupa paras, takut timbul penyakit ujub...huhu.

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter