bibirMU ketandusan senyuman
jeling pandangan hanyalah di ekor mata
atur langkah penuh keangkuhan
gerak gaya lambang kemegahan
KAU terlupa apa yang KAU ada
segalanya kurniaan Yang Esa
hanya seorang hamba
yang diuji imannya
dengan kenikmatan dunia...
cebisan lirik dari kumpulan Mestica bertajuk EGOIS...
"Ia memasamkan muka dan berpaling, kerana ia didatangi orang buta. Dan apa jalannya
engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali ia mahu
membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)!- Ataupun
ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya".
Ayat di atas menunjukkan Allah s.w.t pernah menegur Rasulullah s.a.w yang pernah bersikap masam muka ketika berdepan dengan kumpulan sasaran dan sikap seperti ini hendaklah dihentikan serta merta.
p/s: Buat para pendakwah, peringatan buatMU...Jika KAU merasa ilmuMU, ibadatMU dan amalanMU membezakan antara ENGKAU dengan mereka yang kurang dariMU sehingga KAU bersikap seperti di atas, percayalah, ENGKAU dan MEREKA tiada bezanya... bahkan ENGKAU memerlukan tarbiyah yang lebih berbanding mereka kerana akhlakMU telah menjadi FITNAH buat agama...
al-Islamu ya'lu wa la yu'la 'alaih...
~ Creating ideas for lives ~
No comments:
Post a Comment