Thursday, 31 December 2009

MENYELIT DAN TERSELIT



(sayang mak dan abah)


Seperti mana tajuk, jadi post kali ini aku nak selitkan macam-macam sekaligus.

Tadi mesej masuk.( Abah: Salam. selamat sambut tahun 2010. Buat kerja pun mesti sungguh-sungguh jangan bersungut, jangan mengeluh agar nanti cita-cita dan masa depan tak hancur luluh.)

Aku memang tak sambut tahun baru tapi apa yang membuatkan aku terharu ialah ucapan dari mak. Tinggi betul harapan mereka berdua kat aku. Selama ini, mak mana pernah mesej ucapan-ucapan. Jadi, agak terkejut apabila dapat mesej camni daripada mak. Selalu mak pesan ( seperti mengerti perasaan remaja ) 'Jangan sedih kalau rasa orang tak sayangkan kita, ingatlah masih ada yang sayang'. Jadi patutkah aku melukakan perasaan mereka berdua bila mana aku mengetahui merekalah orang yang paling menyayangi aku selama ini. Memang terkutuklah aku jika aku sanggup melukakan hati mereka berdua.

Dulu masa dalam proses membesar hingga ke peringkat ini, seingat aku tak pernah mak aku cakap sayang kat aku. Maksud aku cakap ' Ayu, mak sayang kat Ayu'. Tak pernah pun. Dulu aku tak mengerti kenapa, sekarang baru aku tahu. Kebanyakan ibu bapa bersikap begitu kerana mereka takut akan dilukai apabila mereka menyatakan sayang kepada si anak. Mereka takut hendak mengharap kasih si anak. Takut kasih sayang mereka tidak dibalas dengan sepatutnya oleh si anak. Sedihkan? Kita sebagai anak, sepatutnya berusaha supaya ibu bapa itu jatuh cinta kepada kita. Bukan mengharapkan orang lain yang tidak pernah pun bersusah-payah memelihara kita, membesarkan kita menyatakan cinta kepada kita atau jatuh cinta kepada kita.

Apabila ibu bapa itu sampai meluahkan kecintaan dan sayangnya mereka kepada kita, itu menunjukkan mereka percayakan kasih kita kepada mereka. Pernahkah saudara-saudari sekalian menerima ucapan cinta daripada ibu bapa? Contoh ' Mak abah sayang Ayu', 'Mak rindu kat Ayu'. Walaupun perbuatan mereka memanglah sudah menunjukkan sayangnya mereka kepada kita, tetapi bukankah luahan kata-kata itu lebih bermakna seperti mana kita mengharapkan ada orang meluahkan kata-kata sayang kepada kita bagi membuktikan perasaan tersebut? Pernahkan tengok filem-filem di mana si kekasih merayu-rayu supaya kekasihnya menyatakan kecintaan? 'Say that you love me or i will die'. ( Geli nak tulis dalam bahasa Malaysia). Sampai macam tu sekali. Cuba kita buat macam tu kat ibu bapa kita. 'Mak..cakaplah mak sayangkan cek...pliz'. Pastu kita tengok reaksi mak kita. Paling kurang dia akan kata ' Ha lah..ha lah..mak sayang kat ang'. Tapi betulkah dia menyatakannya dari hati?
Sebenarnya kebanyakan ibu bapa ragu-ragu menyatakan kasih sayangnya kerana takut dikecewakan. Takut tak dihargai. Hal ini demikian terjadi sebab kita tetap mendambakan kasih dari orang lain dan kasih mereka berdua masih tidak dapat memuaskan hati kita. Kecewa mereka apabila mendapati kita lebih senang mengucapkan sayang dan cinta kepada orang lain tetapi begitu berat hendak meluahkan kasih dan cinta kepada kedua orang tua. Sedangkan merekalah yang selayaknya mendapat cinta dan perhatian kita selepas Allah dan Rasulullah s.a.w.

Berapa banyak anak-anak yang cium ibu bapa tanpa disuruh? Kecuali sewaktu bersalam, bila lagi kita cium ibu bapa kita? Sewaktu mak berpeluh-peluh memasak di dapur, pernahkah kita pergi kepadanya dan cium dia? Sewaktu mak sedang membasuh pinggan di dapur? hatta sedang menyapu daun di halaman? Walaupun ciuman itu tidak dipinta, tetapi bukankah itu tanda kasih kita kepadanya? Kita lebih berkeinginan hendak mencium pipi kekasih yang gebu dan wangi berbanding pipi mak yang kendur dan berpeluh. Tahukah kita betapa hati kecilnya menangis mendambakan perhatian seorang anak yang dipeliharanya dari kecil. Jika di saat ini kita tidak pernah melakukan semua itu, adakah sewaktu kita sudah dewasa dan sibuk dengan pelbagai tanggungjawab terhadap keluarga kita dan kerja, kita mampu untuk berbuat demikian? Bagi yang lelaki nanti isteri cemburu habis, bagi yang isteri perhatian perlu lebih kepada si suami kerana syurga di bawah telapak kaki suami. Apabila tiba waktu tersebut, kita akan lebih banyak diliputi perasaan serba salah terhadap kedua ibu bapa.

Aku pernah jumpa seorang sahabat ini. Sewaktu dia kecil-kecil dia pernah berjanji kepada mak dia bahawa dia takkan berhenti cium mak dia walaupun dia sudah besar. Apabila kita mendengarnya kita akan tergelak dan berkata 'Alah, itupun kena berjanji ke?'. Rupa-rupanya apabila kita membesar kita akan semakin malu atau kurang untuk mencium ibu bapa kita kecuali ketika bersalam. Bagi sahabat ini, dia masih cium maknya walaupun ketika ini umurnya sudah 20-an. Dia tak pernah malu mencium emaknya hatta di hadapan rakan-rakannya. Suatu perkara yang normal jika mendapati dia memeluk dan mencium emaknya dengan tiba-tiba walaupun di pusat membeli-belah, kenduri dan sebagainya. Baginya ia sudah menjadi rutin dalam hidup atau tabiat apabila telah diamalkan sejak kecil. Jika dia boleh berbuat demikian terhadap emaknya, semestinya dia akan menjadi isteri yang baik buat suaminya, pelindungnya nanti. InsyaAllah. Betapa kasih dirinya kepada emaknya menyebabkan dia telah berjaya menggapai cinta ibu dan ayahnya. Emaknya sentiasa meluahkan rasa rindu dan sayang kepadanya. Bahkan emaknya mengharapkan adik-beradiknya yang lain sepertinya.

Cerita di atas bukanlah hendaklah mengangkat sesiapa, tetapi cuba bandingkan diri kita dengannya. Jika emak dan ayah yakin akan cinta kita kepada mereka, maka mereka tidak akan teragak-agak untuk menyatakan rasa cinta mereka kepada kita. Adakah kita sudah mencapai tahap tersebut?

Bukankah dalam hadis diriwayatkan dalam Sahih Bukhari daripada Abdullah ada menyebut " Aku bertanya kepada Nabi SAW, amalan manakah paling disukai Allah Azza Wajalla? Baginda menjawab, solat pada waktunya. Abdullah berkata, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian berbakti kepada kedua-dua orang tua. Dia berkata lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad pada jalan Allah."

Besarnya kedudukan ibu bapa dalam Islam sehingga jihad berada selepasnya. Apalagi yang ditunggu saudara-saudari sekalian? Jika hati ibu bapa pun tidak mampu dijaga, bagaimana kita hendak disukai oleh Allah Azza Wajalla? Bagaimana kita hendak ditolong dalam berjihad? Tidak cukup sekadar hanya menghormati mereka, tetapi kita mestilah mendekati mereka, fahami mereka, dan buat mereka jatuh cinta dengan kita. Sehingga tahap itu, keberkatan sentiasa akan mengiringi kita. InsyaAllah. Terdapat seorang pemuda tahfiz yang meninggal pada usia yang muda (20-an). Pada saat ayahnya hendak meninggal dunia, sewaktu dalam keadaan nazak, pak cik ini memberitahu isteri yang berada di sebelahnya bahawa dia sedang melihat anaknya berdiri di hadapannya dan menunggunya. Isterinya hanya mampu mengalirkan air mata kerana isterinya tidak dapat melihat anaknya. Pak cik inipun tidak sabar-sabar hendak pergi mengikut anaknya yang dikatakan berjubah putih dan sedang tersenyum. Jika seorang anak mampu membuatkan ibu dan ayahnya merasa tenang hendak meninggalkan dunia ini, di manakah lagi tempat anak ini jika bukan di syurga? MasyaAllah....

Oleh itu, sahabat-sahabat sekalian, dambalah cinta kedua ibu bapa kita sebelum kita mendamba cinta orang lain. Antara tips memilih suami atau isteri solehah adalah dengan melihat hubungannya dengan ibu bapanya. Jika seorang wanita memelihara hubungannya dengan ibu bapanya maka dia tidak kisah jika suaminya nanti lebih sayangkan ibunya kerana dia tahu syurga lelaki di bawah telapak kaki ibunya dan syurganya di bawah telapak kaki suami. Dia tidak akan membuat suaminya berasa serba salah antara isteri dan ibu. Begitu juga lelaki yang menyayangi ibunya dan tidak malu menunjukkan kecintaannya kepada ibunya, maka dialah lelaki terbaik yang boleh menjadi pelindung seorang wanita. Apa lagi yang diharapkan oleh seorang wanita selain seorang pelindung yang boleh memelihara maruahnya dan menyayanginya sebagaimana dia disayangi oleh ibu bapanya dahulu....

Sebagai selitan, tadi aku pergi menyelit ke kuliah pelajar Fakulti Pengajian Islam (FPI), Jabatan Dakwah dan Kepimpinan sewaktu kuliah mengenai Gerakan Misionari Kristian. Bukankah al-ilm yu'ta 'alaih wala ya'ti? (ilmu itu didatangi bukan mendatangi). Bagusnya tiada mata-mata yang memandang pelik menunjukkan keterbukaan siswa dan siswi FPI dalam berkongsi ilmu yang penting dan berguna dengan siswi FSSK (Sains Politik). Sewaktu bersembang dengan siswi dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST), dia pun tertarik hendak menyertai kelas tersebut. Hmm...Jika ada inisiatif dari FPI untuk berbincang dengan pensyarah mereka agar dibukakan satu kelas mengenai Gerakan Misionari Kristian kepada pelajar-pelajar fakulti lain, rasa-rasanya pasti akan ada sambutan yang hangat. Bukankah ilmu itu sebaik-baiknya dikongsi dan disebarkan agar berguna untuk kemaslahatan ummah dan bukannya hanya dijadikan subjek pengajian untuk mendapat ijazah?

Sebagai selitan lagi, kalau rajin belilah Milenia muslim Januari 2010 thn.8 bil.89. Tajuk hadapan 'Penangan Si Tanggang Moden. Salah siapa?' Mungkin kita akan menyedari kita sudah tidak selamat untuk menjadi ibu bapa pada masa hadapan jika kita tidak melayan ibu bapa kita sebaiknya...




~Al-Islamu ya'lu wala yu'la 'alaih~

~ Creating ideas for lives ~

3 comments:

Unknown said...

ayu, i didnt even read d 2nd phara. but it still leaves me a feeling in my heart...i felt like i wanna cry to read ur father's massege...

by the way, u've improved a bit on ur writing skills, so, ganbatte-neh..!!! chaiyok! chaiyok! =)

Unknown said...

dont b upset, i didnt read it cuz dont have time rite now..i'll cont reading in d eve, kay... =)
insya-Allah

ayu said...

cleo, really appreciate ur compliment! thanks. I'll try improving my writing skill to the better by and bye. Ur compliment means a lot to me...
Read it anytime, wont mind bout that.

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter