Tuesday, 9 August 2011

..:[ Doa 7 Ramadhan ]:..

With Allah's love
Assalamu'alykum to all




Hikmah Ramadhan 7:
"Berpuasa dapat menimbulkan perasaan insaf dan belas kasihan orang-orang kaya terhadap golongan miskin yang sentiasa hidup menderita kelaparan dan dahaga"

Kesilapan Berpuasa 7:
Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak;

"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43)

Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).


Hadis & Al-Quran 7:
Hadis riwayat Anas ra.: Bahwa beberapa orang sahabat Nabi saw. bertanya secara diam-diam kepada isteri-isteri Nabi saw. tentang amal ibadah beliau. Lalu di antara mereka ada yang mengatakan: Aku tidak akan menikah dengan wanita. Yang lain berkata: Aku tidak akan memakan daging. Dan yang lain lagi mengatakan: Aku tidak akan tidur dengan alas.

Mendengar itu, Nabi saw. memuji Allah dan bersabda: "Apa yang diinginkan orang-orang yang berkata begini, begini! Padahal aku sendiri salat dan tidur, berpuasa dan berbuka serta menikahi wanita! Barang siapa yang tidak menyukai sunahku, maka ia bukan termasuk golonganku." (Hadis riwayat Abdullah bin Mas`ud ra)

Diet Ramadhan 7:
"Bawang yang dimasak baik untuk kesihatan dan menyedapkan makanan. Bawang mentah pula akan menyebabkan kelupaan. Terlalu banyak makan bawang akan menyebabkan sakit kepala dan pelupa..."

Mutiara Kata 7:
"Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini...."



Cleo
~ Creating ideas for lives ~

..:[ Doa 6 Ramadhan ]:..

With Allah's love
Assalamu'alykum to all




Hikmah Ramadhan 6:
"Kemuliaan orang-orang yang berpuasa di sisi Allah berbeza dengan ibadah-ibadah yang lain, sehingga pahala orang yang berpuasa dicatatkan sendiri oleh Allah SWT..."

Kesilapan Berpuasa 6:
"Ramai di antara umat Islam yang banyak menghabiskan masa beniaga dan mencari kekayaan di bulan ini, walaupun mereka diberikan peluang dan ganjaran yang belipat-lipat kali ganda hanya pada bulan ini sekiranya mereka beribadah..."

Hadis & Al-Quran 6:
"Dalam bulan Ramadhan diturunkan al Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Sesiapa antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. Sesiapa yang sakit atau musafir (diharuskan berbuka) hendaklah menggantikannya pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan. Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu mengagungkan Allah kerana memberi petunjuk kepada kamu, semoga kamu bersyukur" - Surah Al-Baqarah Ayat 185

Diet Ramadhan 6:
"Buah zaitun enak dimakan dan bertindak melawan mabuk. Daunnya boleh dikunyah sebagai rawatan sakit perut, dan Allah SWT ada menyebut buah zaitun dalam Surah An-Nur ayat 35 (24:35)"
Mutiara Kata 6:
"Pada satu pintu kebahagiaan (nikmat) tertutup, pintu yang lain (hikmah) dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita...."




Cleo
~ Creating ideas for lives ~

..:[ Doa 5 Ramadhan ]:..

With Allah's love
Assalamu'alykum to all




Hikmah Ramadhan 5:
"Menguatkan semangat untuk menjalankan latihan dengan sempurna, agar kita memperolehi kesan-kesan yang diharapkan daripada berpuasa itu. Bulan puasa itu adalah bulan latihan jihad, memerangi hawa nafsu serta tamak..."

Kesilapan Berpuasa 5:
Menghabiskan masa dengan tidur, menonton TV, video dan VCD
"Ramai di antara umat Islam yang banyak menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti seperti yang telah tersebut. Mereka lebih suka menghabiskan masa ke atas perkara yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada diri mereka dari segi agama khususnya - tiada pahala diperolehi malahan kadangkala mendatangkan dosa sekiranya terjebak ke dalam perbuatan yang bertentangan di sisi agama..."

Hadis & Al-Quran 5:
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita mendirikan solat yang lima, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara malunya dan mentaati suaminya, maka dia masuk syurga dari pintu-pintu syurga manapun yang dikehendakinya.”(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
Diet Ramadhan 5:
"Tembikai mencuci pundi-pundi dan dalam bahagian dalam perut, membaiki cecair tulang serta mengelokkan penglihatan. Rasulullah SAW pernah makan tembikai dengan kurma yang baru dipetik."
Mutiara Kata 5:
"Jadikan Ramadhan sebagai universiti IBADAH, tutorial IMAN, assignment TAQWA, dan amali ISLAMI...Yuran universiti? Tak banyak cuma ZAKAT FITRAH...Moga kita mendapat ijazah KEREDHAAN-NYA..."



Cleo
~ Creating ideas for lives ~

..:[ VisiTors ]:..

Free Hit Counter